Durian Siam direndam dalam cecair beracun?? Ini cerita sebenar..

Sungguh ka buah durian yang diimport dari negara jiran, Thailand dorang perap dengan sejenis cecair bahan kimia yang berwarna kuning.

Kononya cecair kuning yang katanya bahan kimia tu bertujuan untuk jadikan buah durian yang dipetik cepat masak. Owwwhh lebih kurang macam kabat la noh.. Tapi persoalannya selamat ker kita makan?? Bahan kimia kot.

Macam mana kalau kena kat buah durian yang terkopek sikit? Ulasnya terdedah pada cecair kimai tu.. Selamat ker nak makan.

Namun menurut sumber, larutan kuning itu sebenarnya bertujuan untuk rawatan dan membunuh segala pathogen pada kulit buah. Ia juga bertujuan untuk bagi nampak kulit durian tu lebih kilat dan kuning.

Berfungsi juga untuk memastikan buah akan masak bila sampai pada pelanggan dan memberikan ketahanan pada buah. Ohhh jadi betul la dorang petik dan peram noh.

Larutan kuning tu mengandungi kunyit dan bahan lain yang dorang rahsiakan.. Hurmmm ada bahan kimia ker?? Mungkin bukan bahan yang merbahaya kot sebab takde lagi la orang mati kes durian siam ni.. Tercekik biji ada la.

So Gomez rasa masih selamat lagi kalau korang nak makan durian siam. -TiraGomez/UtaraNews.com

ep2p-5small