wenzhou amusement park accident.jpgZHEJIANG – CHINA. Dua orang terbunuh manakala tiga lagi cedera selepas terjatuh dari permainan di sebuah taman tema di Pingyang wilayah Zhenjiang.

Lima pengunjung dari Aojing Town dan Shanmen Town di Wenzhou tercampak keluar dari permainan “Crazy Scream” di Taman Tema Longshan di Wenzhou, Jumaat lalu.

Menurut laporan Weibo, dua daripada pengunjung, Chen dan Zhou disahkan meninggal dunia di Hospital Pingyan manakala dua lagi mangsa yang cedera dikenali sebagai Li dan Chen sedang dirawat manakala seorang lagi mangsa, Xu cedera ringgan dan telah dibenarkan pulang.

Sementara itu, menurut media tempatan, tiga mangsa dilihat terjatuh semasa permainan tersebut bergerak manakala dua yang lain dipercayai terkena objek yang jatuh.

wenzhou amusement park 2.JPGwenzhou amusement park 3.JPGSaksi mendakwa, suis permainan tersebut dihidupkan sebelum kesemua penumpang sempat untuk memakai tali pinggang kaledar di mana menyaksikan mangsa terjatuh dari ketinggian 3 meter.

Menurut kenyataan dari Pejabat Pengurusan Kecemasan Pingyang, terdapat “masalah” dikenalpasti di taman tema berkenaan dimana pada 22 April lalu, 6 pegawai kerajaan telah menjalankan pemeriksaan.

Taman tema tersebut kini ditutup dan pemiliknya sudah ditahan.

Siasatan lanjut mengenai insiden masih dijalankan.

Bulan lepas, 19 cedera selepas permaian “Flying Saucer” roboh di sebuah pesta di wilayah Henan.