Daud McKienzie Suami Lana Nodin Belajar 10 Perkataan Setiap Hari

Advertisement

Tahniah buat pasangan sejoli Lana Nodin dan Mohd Daud McKienzie kerana sah bergelar suami isteri. Bagaimana agaknya si Daud ni akan menyesuaikan dirinya dengan keadaan sekeliling dan juga budaya Melayu?

Tanda tanya kami seperti terjawab apabila, Lana Nodin menerusi kenyataannya berkata Daud McKienzie merupakan seorang lelaki yang rajin dan bersikap suka ambil tahu tambah-tambah berkaitan budaya Melayu.

Daud McKienzie Suami Lana Nodin Belajar 10 Perkataan Setiap Hari

Maklumlah isteri Melayu tulen kan seharusnyalah mendalami bagi menyesuaikan diri dan mendapatkan keserasian diri bersama keluarga Lana. Apa yang menariknya, Lana Nodin memberitahu suaminya akan memastikan 10 perkataan baru dipelajari setiap hari.

“Alhamdulillah, Daud seorang yang sentiasa ingin tahu dan perkara itu membuatkan keluarga saya cuba membantu dia mempelajari budaya Melayu.

“Malah Daud akan memastikan sepuluh perkataan Bahasa Melayu baru akan dipelajarinya setiap hari. Dia juga mula belajar makanan Melayu, cuma tak tahan pedas saja,” katanya.

EKSKLUSIF: 12 Foto Majlis Resepsi Mewah Lana Nodin Dan David McKenzie & 9 Foto Sekitar Pernikahan Lana Nodin Dan David McKenzie

Daud McKienzie Suami Lana Nodin Belajar 10 Perkataan Setiap Hari

Lana Nodin & Mohd Daud McKienzie sah bergelar suami isteri.

Tambahnya lagi, Mohd Daud McKienzie yang bertugas sebagai jurulatih di Akademi Bola Tampar Singapura juga turut mendalami agama Islam.

“Apa yang saya nampak Daud sering bertanya mengenai agama Islam. Ada masanya dia keliru antara syariat Islam dan adat.

“Mujurlah dengan teknologi sekarang, informasi boleh didapati di hujung jari sahaja. Dia rajin mencari info di laman carian Google,” tuturnya.

Alhamdulillah memang itu yang sepatutnya, dalami agama Islam yang sememangnya membawa kita ke jalan benar. Semoga Lana Nodin dan suami dapat hidup bahagia seperti pasangan lain berlandaskan Islam yang satu, Amin.

332 total views, 332 views today

ep2p-5small