Datuk Siti Nurhaliza Kesal Difitnah Sudah Bercerai

Advertisement

Kini semakin bertambah golongan blogger yang tidak bertanggungjawab dengan mengambil tindakan melampau sehingga sanggup mengeluarkan artikel yang berunsur fitnah. Artikel yang dikeluarkan juga boleh menjatuhkan maruah seseorang dan kini Datuk Siti Nurhaliza menjadi mangsa fitnah blogger. Sebelum ini ‘Dato’ Siti Nurhaliza Masih Terkesan Dengan Pemergian Nenek‘ kini bersedih tentang fitnah bercerai dengan Datuk K.

Penyanyi tersohor tanah air Datuk Siti Nurhaliza menjadi mangsa fitnah blogger dengan tajuk sensasi ‘Siti Nurhaliza Sudah Bercerai‘. Penulis tumpang bersimpati melihat nasib yang menimpa Siti Nurhaliza memandangkan dirinya semakin bahagia bersama Datuk K.

Menarik : Video Anak Mangsa Nahas DUKE Teringin Jumpa Siti Nurhaliza

siti nurhaliza kesal dituduh bercerai

Luahan menyentuh hati Siti Nurhaliza menerusi laman sosial instagram miliknya mendapat kata-kata sokongan dari peminat dan tidak kurang juga ramai peminat yang menghentam blogger yang tidak bertanggungjawab tersebut.

Ya Allah , hanya Dikau yang Maha Besar lagi Maha Berkuasa..Dikau berilah Hukuman sebaik baiknya buat pemFITNAH yang menyebarkan FITNAH ini. Semoga mereka kembali ke jalan yg benar… Amin Ya Rabb.. #taktakutkekenapanahpetir by @rozisangdewi “Sebaran fitnah berjemaah oleh blog2 yang ?&3&:$3)$/!:)3)3!:?:(/&-&/)/(/!$/)/@-&-$-$ ni. Saya dah terima ni beberapa hari lalu tetapi saya buat tak endah sbb berasa sgt2 kasihan malah hairan dengan keupayaan, kesediaan org yg buat tajuk, buat cerita, buat fitnah, dan disebar2 lagi, dan kemudian jadi bahan sebaran tanpa putus, bahan bacaan org2 yg mampu berfikir dan yg tak berfikir terus percaya dan jadi fitnah yg sgt2 panjang dan dipanjangkan lagi. Saya upload hal ini bila saya jadi sasaran pertanyaan, walaupun saya sgt berharap agar kita ni, pengamal media sosial agar tlg belajar dan memahami benda ni;
-blogger2 sensasi ni tujuannya mempermainkan kita. Mereka bagi headlines yg minta kita terdorong nak membaca, mereka bagi macam2 tajuk yg mampu buatkan kita klik blog mereka. Dengan klik kita, mereka dapat duit. Duitlah yg membuatkan mereka bermaharajalela. Mereka create tajuk2 sensasi walhal cerita sebenarnya lain, mereka perdaya org yg membaca dan mereka sedang bergembira di atas fitnah yg mereka buat. Saudara2 seIslam saya semua tu. @ctdk tu dalam dia sabar, dia pun ada hadnya. Merangkaklah korang cari dia kt akhirat nanti, terlambat masa tuh!!

Dengan hanya sebuah tajuk artikel sudah tentu memberikan impak yang besar dalam penyanyi tersebut. Maruah Datuk Siti Nurhaliza tercemar gara-gara fitnah yang tak masuk dek akal.

siti nurhaliza

Tetapi Siti Nurhaliza tetap positif dengan apa yang berlaku walaupun kisah tersebut tersebar beberapa hari lalu dan kisah tersebut menjadi bahan sebaran tanpa putus membuatkan dirinya kesal.

Diharap Datuk Siti Nurhaliza tabah menhadapi segala dugaan tersebut, asalkan Datuk Siti Nurhaliza tetap bahagia bersama Datuk K. Tak gitu?

29 total views, 29 views today

ep2p-5small