Dato’ Siti Nurhaliza Masih Terkesan Dengan Pemergian Nenek

Advertisement

Baru-baru ini kita dikhabarkan dengan berita pemergian nenek tercinta penyanyi nombor satu Malaysia iaitu Dato’ Siti Nurhaliza.

Walaupun sudah hampir seminggu berlalu Siti Nurhaliza akui dia masih lagi terkesan dengan kehilangan neneknya menghadap sang pencipta.

Menarik artikel berkaitan:- TAKZIAH Atas Pemergian Nenek Siti Nurhaliza

Dato’ Siti Nurhaliza, 36, ketika ditemui pada majlis Mother’s Day Miracle Night berkata walaupun arwah neneknya seorang yang pendiam namun beliau sentiasa memberi sokongan terhadap apa jua yang dilakukan.

“Arwah nenek seorang yang tidak banyak bercakap tetapi saya tahu dia sentiasa sokong setiap perkara yang saya lakukan.

“Masih ingat lagi ketika saya melaram baju mak waktu kecil, dialah yang rajin memuji.

Dato' Siti Nurhaliza Masih Terkesan Dengan Pemergian Nenek

Siti Nurhaliza dalam pada itu mengakui dia sebak melihat ibunya Siti Salmah kerana ibunya antara anak yang rapat dengan arwah nenek.

“Tetapi saya lebih kasihankan mak kerana dia antara anak yang paling rapat dengan arwah nenek. Dia juga menjaga nenek sepanjang arwah tidak sihat. Dan yang banyak menerima kesannya adalah mak,” katanya.

Setiap yang bernyawa pasti akan merasai kematian. Apa yang membezakan ialah masa, cepat ataupun lambat. Buat yang masih hidup teruskan kehidupan dan jalani kehidupan anda seperti biasa. Harapan penulis semoga Siti Nurhaliza dan keluarga tabah dan sabar menerima ketentuan Ilahi.

174 total views, 174 views today

ep2p-5small