Daphne Mahu Bantu Ibu Hamil Anak Luar Nikah

Kebelakangan ini negara dikejutkan dengan berita menyayat hati berkaitan kes bayi dan kanak-kanak dan paling menyedihkan penemuan mayat bayi tanpa kepala di kerat 15, baru-baru ini.

 

Situasi tersebut secara tidak langsung memberi gambaran bahawa gejala penderaan dan pembuangan bayi kini kembali berleluasa.

 

Peka dengan situasi terkini, pengacara dan personaliti TV popular, Daphne Iking terbuka hati menawarkan pertolongan kepada mana-mana individu yang ketakutan mendapatkan pertolongan ketika hamil anak luar nikah.

 

“If you know anyone who is pregnant and single and unwed – and doesn’t know what to do, please PM me. I can help ok? It must be so terrifying and lonely finding out you are pregnant. Please don’t throw your baby away,” tulis Daphne di laman Facebook miliknya baru-baru ini.

 

Niat murni Daphne mahu menolong indidvidu yang terjebak di dalam masalah tersebut mendapat perhatian daripada peminat sekaigus menyokong usaha ibu anak dua itu.

 

Daphne Iking 2

Related




This entry was posted in Hiburan, Terkini and tagged Daphne Iking. Bookmark the permalink.

ep2p-2