Budak 7 tahun Hilang Ditemui, Dipaksa Jadi Pengemis Di KB Mall – Suara SeMaSa (SMS)

Kanak 7 tahun

 

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun dilaporkan hilang ketika menemani bapanya menunaikan solat Isyak di Masjid Muhammadi, Kota Bharu, Kelantan, malam tadi.

Semasa kejadian, mangsa yang dikenali sebagai Aiman Kamarolzaman dikatakan sedang bermain bersama rakan sebayanya di dalam masjid.

Kehilangan kanak-kanak itu disedari oleh bapanya sebaik selesai solat Isyak lalu mahu mengajak anaknya pulang.

Bapa mangsa, Kamarolzaman Mohammad, 50, percaya anaknya berada tidak jauh dari masjid kerana selipar yang dipakai masih ada di tangga masjid.

Berikutan itu, Kamarolzaman memohon bantuan ramai untuk menghubungi jika terserempak atau mempunyai maklumat mengenai kehilangan anaknya.

“Anak saya ketika kehilangannya malam tadi memakai seluar sukan panjang warna merah dan berbaju T warna biru.

“Saya berharap sekiranya ada sesiapa yang ternampak keluarnya di mana-mana supaya menghubungi saya di talian 012-9229146 atau balai polis berdekatan,” katanya yang datang ke masjid pada jam 8.30 malam.

Sebaik menyedari kehilangan anaknya beberapa jemaah lain turut membantu mencari selama beberapa jam berdekatan masjid berkenaan sebelum Kamarolzaman bertindak membuat laporan polis.

Pihak polis mengesahkan kejadian ini dan gerakan mengesan giat dijalankan.

14 total views, 14 views today

Comments

comments

ep2p-5small