Bolasepak Indonesia (PSSI) Secara Rasmi Digantung Oleh FIFA

1825304-jersey-baru-timnas-indonesia-620X310Secara rasminya hari ini Persatuan Bolasepak Seluruh Indonesia (PSSI) digantung oleh FIFA dgn kadar serta merta (with immediate effect) tanpa tempuh penggantungan. Ini bermakna sehingga FIFA puashati dgn pentadbiran PSSI, FIFA akan nilai semula.

Surat rasmi FIFA bertarikh 30 Mei berkenaan keputusan ini telah dihantar melalui fax kepada Setiausaha PSSI, Karim Azwan 5 jam yang lalu.

Ini bermakna pasukan kebangsaan Indonesia dilarang bermain dalam mana2 pertandingan dan perlawanan anjuran FIFA, AFC dan AFF termasuk World Cup Qualifying, Asia Cup dan AFC Cup semua peringkat. Semua kelab2 Indonesia juga dilarang adakan sebarang perlawanan antarabangsa. PSSI juga dilarang anjurkan sebarang liga domestik.

Namun, team Indonesia yang sedang bertanding di SEA Games sekarang dibenarkan meneruskan aksi sehingga tamat dan tidak dibenarkan lagi beraksi selepas SEA Games.

Sidang Komite Eksekutif FIFA Jatuhkan Sanksi untuk Indonesia, Menpora Paling Bersalah – http://t.co/XOFJSaX4JK pic.twitter.com/XgrLUWb4zb

— PSSI-FAI (@PSSl__FAI) May 30, 2015

Satu kerugian buat semua pemain bolasepak Indonesia, kelab2 Indonesia dan peminat2 bolasepak seluruh Indonesia. Pemain bolasepak di Indonesia melahirkan rasa kecewa mereka dengan keputusan ini terutamanya pemain yang mewakili skuad kebangsaan Indonesia.

Pengarah teknikal bolasepak Indonesia Pieter Huistra berharap pemain Indonesia tidak patah semangat dan terus bermain. Beliau juga berharap penggantungan itu ditarik balik dalam masa terdekat.

Dengan penggantungan ini juga bakal memberi berita baik buat pasukan Pahang yang mungkin layak ke pusingan suku akhir Piala AFC secara percuma setelah kelab Persipura Jayapura juga terbabit dengan penggantungan ini.

Berikut ialah surat penggantungan oleh FIFA

Embedded image permalink

ep2p-2