Bila Dua Wanita Bergaduh Berebut Suami

bungaan

” );
(function() {
var nn = document.createElement(‘script’); nn.type = ‘text/javascript’;
nn.src = ‘http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js’;
var s = document.getElementsByTagName(‘script’)[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling);
})();

DCCK  3 MEI  2015

“DALAM dunia berumahtangga, ada kalanya hidup pasangan itu bahagia hingga ke akhir hayat, jika pun ada masalah segera diselesaikan. Namun ada juga terpaksa memendam rasa demi menyelamatkan rumahtangga yang dibina. Kedua-dua pasangan kategori ini memang ramai dan mereka akhirnya berjaya menyeberangi lautan dalam yang penuh ombak dan badai. Tetapi ada yang kecundang sebelum sampai keseberang.

“Saya antara tergolong dalam kategori ini, walaupun mencuba seribu daya melawan ombak dan badai, tapi akhir akhir ini saya mengaku kalah kerana tidak layak jadi nakhoda kapal, setelah suami tercinta tinggalkan kapalnya mencari bahtera lain.’’ Itu pengakuan NoraEliza dalam emel pendeknya dan ketika kami berbual baru-baru ini.

“Sudah tiga orang anak saya lahirkan ada lelaki dan perempuan, tidak ada cacat celanya,  walaupun tidak secantik artis. Tapi saya gembira dengan kehadiran mereka, walaupun hidup saya sentiasa diuji dan dicabar kerana perangai suami sendiri.

“Sejak lebih 12 tahun saya berkahwin, saya rasa sudah cukup bersabar dengan kerenah dan perangai suami saya Miz. Rasanya tidak ada wanita lain sesabar saya biarpun suami jarang-jarang pulang, tetapi saya tetap menunggu dan berdoa semoga dia berubah menjadi suami sejati yang saya impikan satu hari nanti.

“Miz mula buat perangai bila saya hamil anak kedua. Kalau saya tahu dia kaki  perempuan memang saya tak terima lamarannya apa lagi berkahwin. Sebelum kahwin baiknya hanya Allah sahaja yang tahu. Punyalah penyabar, pemurah dan suka ambil berat tentang kesihatan saya. Bila demam dialah susah payah hantar saya ke kelinik.

“Kalau bercakap pasal kesihatan, rasanya doctor pun kalah. Semua jenis penyakit dia tahu, ubat apa yang baik. Mungkin dia serkap jarang, tetapi kalau bercakap memang bijak. Orang tak tahu memang percaya. Nak kata dia lulusan university tak jugak.

“Bila hamil anak kedua dia mula sibuk dengan kerja di luar pejabat tak pernah habis. Mulanya saya percaya juga. Tetapi sepandai-pandai tupai melompat saya dapat tangkap. Mulalah main Kun Tau menafikan cerita saya. Kalaulah saya tahu perangainya saya rela jadi andartu.

“Bila anak semakin besar, semakin ramai pulak teman wanitanya, bertukar-tukar macam tukar baju. Sekejap nama Z sekejap S, macam-macam . Dalam beberapa orang kekasihnya yang  terakhir bernama Yana inilah yang amat menyakitkan hati saya.

“Ceritanya terbongkar bila Yana tertinggal kerongsang dalam kereta Miz. Bila tanya Miz katanya kawan pejabat dia punya tertinggal.  Lepas tu saya nampak nama Yana dalam telefon Miz. Saya ingatkan Miz jangan ulangi cerita lama. Sebab saya tak sanggup lagi jadi nakhoda dalam rumahtangga. Sebab Miz bersikap lepas tangan dalam memberi makan minum anak-anak. Dia hanya bayar sewa rumah dan duit ansuran kereta. Saya kata pada Miz saya dah tak sanggup lagi bersabar dengan perangainya. Tapi dia nafikan.

“Entah macam mana satu hari saya terima panggilan telefon dari seorang wanita kenalkan dirinya sebagai Yana. Berdebar jantung saya. Benarlah ini kekasih Miz yang terbaru fikir saya. Tanpa segan silu Yana nasihatkan saya supaya pandai-pandailah jaga diri kalau masih sayangkan suami. Kalau tidak ada orang yang akan ambil Miz.

“Lain macam bahasanya, serta merta telinga saya panas, saya tanya dia apa hak dia nasihatkan saya, apakah dia sudah berkahwin, ataupun dia penasihat keluarga, sebab pandai-pandai nak ambil suami orang. Dia mengaku dia kawan rapat Miz. Katanya kalau saya tak tahu jaga laki dia akan ambil Miz. Amboi! Sedapnya! Sakitnya hati, apakah dia tahu perangai sebenar Miz macam harimau yang pandai `simpan kuku.’

“Oleh kerana bahasanya kasar, bertembong saya yang ketika itu tengah panas, maka berlakulah bertengkaran antara kami. Tuduh menuduh, kata mengata, maki hamun pun terkeluar sama bila keadaan sudah tidak dapat di kawal lagi.

“Bila Miz balik dua hari kemudian seperti biasa dia berbohong konon ada kerja luar, saya tanya apa hubungannya dengan Yana. Miz kata kawan. Kerana tak puas hati, kami bertengkar. Siapa percaya jika Yana mengaku hubungan mereka lebih dari seorang kawan.

“Sejak hari itu, berselang hari saya terima panggilan telefon dari Yana yang buat laporan tentang hubungannya dengan Miz. Dia memang nak sakitkan hati saya. Semua perbuatannya dengan Miz dia beritahu saya. Kerana sakit hati saya tukar nombor telefon. Tetapi kerana kecuaian Miz, Yana berjaya mengesan dan telefon saya lagi.

“Bab maki hamun memang tak boleh nak ceritalah. Sebab bila sakit hati semua benda tak baik akan terkeluar dari mulut masing-masing. Tetapi punca sebenar adalah dari Miz. Kerana tidak tahan saya ceritakan pada emak dan minta pandangan emak apa patut saya buat.

“Emak memang seorang ibu yang baik, dia suruh saya bersabar. Katanya kalau selama ini saya boleh bersabar apa salahnya sabar lagi, mungkin Miz akan berubah akhirnya.

“Tapi saya beritahu emak hati dan jiwa saya terseksa sejak saya tahu perangai Miz selepas lahirkan anak pertama lagi, sekarang sudah ada 3 orang anak, perangainya tak berubah langsung malah semakin bertambah teruk lagi. Sampai bila nak bersabar. Kekasih terbarunya memang menghancurkan kesabaran saya selama ini.

“Paling menyakitkan hati setiap kali saya telefon Miz tanya bila balik, atau adik beradiknya cari dia, Yana yang jawab. Tentulah kami bertengkar. Peristiwa terbaru benar-benar mencabar kesabaran saya. Saya telefon Miz nak beritahu anak kedua kami demam panas teruk, terpaksa masuk hospital dan dimasukkan air. Tetapi Yana yang jawab dia mempersendakan saya, katanya `sapa pulak yang nak mati cari Miz? Katanya saya bohong, terhegeh-hegeh cari Miz, sedangkan Miz bencikan saya. Kerana sakit hati saya tanya siapa terhegeh-hegeh simpan laki orang? Saya masih bertaraf isteri bukan perempuan simpan macam dia?

“Pernah juga dulu saya dapat cakap dengan kawan perempuan Miz bila saya nasihatkan, dia akan putuskan hubungan dengan Miz, tetapi tidak dengan Yana. Yana control Miz. Pernah beberapa kali bila Miz tidur di rumah Yana datang cari dia. Dia panggil Miz. Memang dia tak malu. Tapi Yana kata saya tak malu cari Miz sedangkan Miz dah ceraikan saya.

“Saya cabar dia tunjukkan surat cerai saya jika benar Miz sudah ceraikan saya. Memanglah tak ada, tapi Yana kata dia akan dapatkan di pejabat kadi untuk buktikan. Sepanjang hubungan Miz dengan Yana hidup saya memang tak pernah aman. Kami sering bertengkar. Lebih teruk lagi bila Yana mendakwa saya telefon tempat kerjanya di sebuah kilang dan bercerita memalukan Yana pada kawan-kawannya. Miz bukan setakat marah, dia angkat tangan nak pukul saya.

“Walaupun saya cuba ceritakan perbuatan Yana suka memaki saya tetapi Miz nafikan sebaliknya tuduh jahat. Jelas Miz tidak dapat bezakan siapa isteri dia yang sebenar, jika dia suami yang bertanggungjawab tentu dia tak bela wanita lain?

“Kalau malam semalam kami bergaduh pasti esok tengah hari Yana akan telefon saya bersorak-sorak gembira kerana saya kena marah.  Lebih menyakitkan hati dia beritahu bahawa Miz dalam genggemannya dan tak lama lagi mereka akan nikah di Siam.

“Kerana terlalu sakit hati saya cabar Yana jika benar Miz dalam gengaman dia mengapa tak suruh Miz ceraikan saya supaya mereka tak perlu nikah di Siam.

“Sebenarnya saya lebih sakit hati pada Miz. Kata kawan dia dah kena guna-guna, maka saya perlu cari ubat untuk pulihkan fikirannya. Tetapi pada saya itu semua mengarut. Sebagai suami dia patut tahu dosa bersekedudukan dengan wanita lain. Saya pun dah benci perangainya yang tak pernah berubah. Kaki perempuan, dan suka enjoy. Dia juga tidak beri makan minum anak-anak secukupnya. Jadi apa tugas dia sebagai suami dan ayah?

“Dah 12 tahun kahwin kami masih menyewa rumah kecil di belakang rumah orang, sedangkan jika kami sepakat kami mampu beli sebuah rumah teres 5 tahun lalu. Kini saya menunggu masa untuk diceraikan, saya dah nekad, untuk apa dipertahankan suami yang tak tahu diri? Biarlah saya hidup sendirian dengan anak-anak, biar susah asalkan hati tenang dan hidup tenteram. Tidak ada gangguan dan anak-anak boleh membesar dengan aman.

“Apa pun semua ini salah Miz sendiri. Mungkin inilah pembalasan dosa yang Miz lakukan kepada ramai wanita lain sebelum ini. Kalau dulu dia boleh terlepas bebas, kini dia diperangkap dan tak boleh lepaskan diri lagi.“Itu pengalaman pahit NoraEliza yang lebih rela diceraikan daripada dapat sakit jiwa.

 

 

 

ep2p-5small