Bermasam Muka Dengan Salamiah Hassan, Raja Azmi Anggap Tuduhan Melampau!

Advertisement

Penerbit filem, Raja Azmi terkejut apabila dia dituduh bermasam muka dengan Salamiah Hassan kononnya mengenai isu bertudung yang dibawa oleh Raja Azmi. Beliau yang tidak menyangka dengan tuduhan itu melahirkan rasa terkejut dan menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut tidak benar.

“Demi Allah kami tidak bergaduh dan saya tidak tipu. Jika betul saya bergaduh, saya akan bagitahu benda yang betul tapi ini dakwaan yang tidak betul.

“Jahat mulut orang yang bawa isu ni, tak baik cakap macam tu… berdosa. Salamiah tidak pernah melarang saya berhijab malah dia sokong dari belakang,” katanya kepada mStar Online.

Menarik artikel sebelum:- Raja Azmi Takkan Rujuk Semula Dengan Eddie CRK!

Bermasam Muka Dengan Salamiah Hassan, Raja Azmi Anggap Tuduhan Melampau!

Foto Salamiah Hassan.

Menurut Raja Azmi, beliau baru sahaja berborak dengan Salamiah melalui telefon pada minggu lepas yang mengajaknya tidur dirumahnya namun terpaksa menolak ajakan tersebut kerana faktor kesibukan kerja.

“Baru minggu lepas kami berborak di telefon, Salamiah ajak saya tidur di rumahnya tapi saya terpaksa menolak kerana mahu siapkan novel terbaru saya.

“Sekarang saya sibuk menulis dan tidak sempat nak berjumpa tetapi 23 Mei ini anak saudara Salamiah kahwin jadi saya akan pergi membantu,” katanya.

Selain itu, Raja Azmi memaklumkan bahawa mereka sudah lama menjalinkan persahabatan dan menyifatkan tuduhan tersebut melampau. Tambah Raja Azmi lagi ada kemungkinan pihak cuba memburuk-burukkan dan melaga-lagakan hubungan diantara mereka.

Dalam perkembangan lain, Raja Azmi baru sahaja selesai melancarkan semula novel Black Widow di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2015 lalu selepas menerima permintaan yang tinggi.

290 total views, 290 views today

ep2p-5small