Babi Hutan bikin panas dalam kedai makan..

Rasanya  musim sekarang, banyak sungguh haiwan yang ‘melilau’.. Kemunculan seekor babi hutan liar yang tersesat masuk bandar menimbulkan panik orang ramai apabila memasuki kedai, menyebabkan kakitangan dan pelanggan bertempiaran lari keluar. Sape la yang tak takot dengan haiwan ni..

Insiden itu berlaku apabila babi hutan betina yang seberat 25 kilogram dan sepanjang 0.91 meter memasuki kedai pakaian kanak-kanak di gudang beli-belah yang dipenuhi pengunjung di daerah Chai Wan lewat kelmarin. Nasib baik la pihak polis berjaya meredah kesesakan dan sampai awal di pasaraya berkenaan.

Sekurang-kurangnya 10 pegawai cuba menenangkan babi hutan berkenaan selepas ia memasuki kedai berikutnya dan menggigit patung di situ. Haiwan itu akhirnya berjaya ditembak dengan ubat penenang dan dibawa untuk pemerhatian. Ia dijangka akan dilepaskan di hutan nanti.

Merbahaya.. Tak leh bayang kalau diserang.. Jenuh menjerit..  Harap-harap tak berulang la yer kes sebegini. Bikin panas la babi hutan nih.. Mayb dia pun nak rasa nikmat bandar kot.. Opss.. Hehe.. ~~MiraAzhar/Utaranews.com

ep2p-5small