ASEAN Perlu Ambil Berat Isu Pelarian Rohingya – Tan Sri Syed Hamid Albar..@SPADChannel

ASEAN perlu bertangggungjawab mengetuai misi bantuan kemanusiaan bagi menyelesaikan masalah yang berlaku bagi etnik pelarian Rohingya..Tan Sri Syed Hamid berkata,ASEAN jangan lakukan tindakan yang berasaskan perbezaan agama, kaum dan budaya.

Tan Sri Syed menegaskan bahawa, ASEAN tidak boleh pandang remeh isu pelarian Rohingya dan perlu berfikir atas dasae kemanusiaan dan perlu melihat hingga ke akar sebab perkara ini berlaku…

Etnik Rohingya kini tidak diterima negara Myanmar berikutan isu pelarian, dan edua adalah pemerdagangan manusia. Tan Sri Syed menjelaskan bahawa isu ini penting dan sekiranya tidak diatasi, ASEAN akan berhadapan dengan pelbagai masalah.

Beliau berkata demikian ketika majlis pelancaran pakaian seragam baru kakitangan kaunter Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sempena ulang tahun pertama pejabat SPAD di Kelana Jaya…

Mengulas tentang pelancaran pakaian baru kakitangan Kaunter SPAD, Tan Sri Syed berkata, “Dengan pakaian seragam baharu ini, diharap akan meningkatkan keyakinan pelanggan ketika berurusan dengan SPAD. Saya berharap kakitangan kaunter-kaunter SPAD dapat memberikan tumpuan kepada kecemerlangan perkhidmatan dan menunjukkan ciri-ciri mentadbir urus yang baik (good governance)”

Syabas SPAD, satu lagi pembaharuan telah dilakukan untuk keselesaan pelanggan dan imej SPAD umumnya..

ep2p-5small