Artis melayu mengaku tumbuh jerawat sebab kena sihir.. Puiiii!!!

Ish! Pelik sangat aih benda ni, macam tak percaya je.. Korang pernah dengar tak muka naik jerawat banyak sebab kena buatan orang? Mesti tak pernah dengar kan? Samalah macam Miss A, yang Miss A tahu kena buatan orang sampai sakit-sakit tu kot la..

Pelakon comel Emma Maembong ni katanya kena buatan orang.. Bukan sampai meracau-racau atau sakit.. Tetapi, tiba-tiba je kulit muka Emma tumbuh jerawat yang banyak sampai kulit muka Emma terkoyak..

Hmm.. kalau difikirkan secara positif, mungkin ni berlaku pada semua orang yang normal.. Kena masalah kulit.. Kadang-kadang Miss A pun pernah jadi, dari elok-elok tak ada jerawat, tiba-tiba sekumpulan jerawat datang menyerang..haha

Emma pernah jalani ujian darah dengan doctor dan mereka mengesahkan darah Emma bersih.. Patutnya kalau darah bersih tak akan naik jerawat..

“Emma tidak berani untuk komen lebih-lebih tentang perkara ini. Tetapi ia satu situasi yang pelik kerana sebelum ini Emma tidak pernah mempunya masalah jerawat yang teruk. Tetapi dalam tempoh setahun ini, tiba-tiba kulit muka Emma ditumbuhi jerawat yang banyak sehingga kulit muka Emma terkoyak”

“Emma juga telah menjalani banyak ujian darah dengan doktor dan mereka mengesahkan bahawa darah Emma bersih. Ia turut memberi kesan kepada kerjaya Emma. Tetapi dalam hal ini, Emma cuba berfikiran positif dan insya-Allah semuanya akan kembali baik,” ujar Emma..

Hmm.. Miss A rasa itu perkara biasa, mungkin perubahan hormon ke.., mana tahu.. Sebab pelik sangat la kena buatan orang sampai nak jerawat banyak..hehe.. Miss A/UtaraNews.com

ep2p-2