Apa ada dengan Lim Kok Wing? Kenapa Najib tak upah Wak Doyok??

Agak menggelikan hati bila ramai pula yang mempertikai kenapa Kerajaan melantik Lim Kok Wing sebagai Penyelaras Kempen Awam bagi Perdana Menteri dan juga kerajaan Malaysia. Ramai juga yang menuduh Perdana Menteri sudah hilang kepercayaan kepada anak melayu untuk menggalas tugas berkenaan.

Jika difikirkan dengan akal yang waras, tak ada salahnya pun Lim Kok Wing diberikan tugas tersebut. Malah ianya dianggap amat bertepatan sekali dengan kemampuan beliau melakukan kerja-kerja pengiklanan serta mengendalikan kempen sebelum ini. Siapa yang tak kenal Lim Kok Wing? Hasil kerja beliau diiktiraf diseluruh dunia.

Mungkin orang yang mempertikaikan perlantikan individu tersebut adalah orang yang kerjanya hanya membangkang 24jam tanpa tahu apa satu berkenaan dunia pengiklanan. Tahukah anda bahawa Lim Kok Wing juga pernah menjadi orang penting didalam pentadbiran Tun Mahathir suatu masa dulu. Jangan lupa dengan slogan Malaysia Boleh ye.

Lim yang menubuhkan agensi pengiklanan tempatan pertama Malaysia terlibat dalam kempen pilihan raya selama hampir empat dekad. Beliau juga pernah mengelolakan beberapa program kerajaan seperti kempen anti merokok “Tak Nak” dan mempromosikan Rakan Muda serta program Satu Hati, Satu Negara.

Hasil kerja beliau selama empat dekat sudah lebih dari cukup untuk membuktikan Lim Kok Wing adalah antara yang terbaik bagi melakukan kerja-kerja pengiklanan dan kempen awam untuk kerajaan Malaysia.

Jadi kenapa pertikai orang yang sudah arif dalam bidang kerja beliau? Mungkin pihak-pihak yang pertikai tersebut takut jika Lim Kok Wing akan mampu “membersihkan” imej kerajaan dan Perdana Menteri yang kini hebat diserang oleh gerombolan pembangkang termasuklah Tun Mahathir sendiri.

Dan kalau alasan sudah tiada kah anak melayu yang mampu menggalas tugas berkenaan, rasanya tak perlu kita nak rasis sangat dalam hal yang sebegini. Allahyarham Nik Aziz dulu pun pernah berkata bahawa jika syaitan nak bantu sekalipun beliau akan terima.

“Siapa yang nak tolong kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA, dan MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima.” – Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 24 Januari 1999.

Kesimpulannya, apa yang ada pada Lim Kok Wing sehingga membuatkan ramai orang meroyan sangat bila beliau dilantik untuk membantu kerajaan menepis serangan pelbagai pihak khususnya pembangkang terhadap kerajaan? Kalau tak ada apa-apa takkan semua takut sangat dengan apek serabai tu kann?

Jangan ingat kerja menangani persepsi serta kempen awam ni mudah macam memuatnaik status dalam Facebook. Dan ia sudah tentu tak mudah sepertimana menaip sebaris dua ayat didalam Twitter atau copy&paste berita khabar angin didalam group Whatsapp atau Telegram.

Setakat perunding imej untuk pakai stokin warna merah jambu dan berbaju kemeja ketat, itu boleh kita lantik Wak Doyok. Tapi jika untuk kerja sebegini teliti, Wak Doyok sebagai anak melayu pun boleh gugur janggut dan misai tauu.. – Chewan/Utaranews.com

ep2p-2