Sukan Malaysia dan Antarabangsa: Bola Sepak : Merosotkah Bola Sepak Malaysia?

Sukan Bola Sepak merupakan antara sukan yang sentiasa menjadi perhatian masyarakat umum. Bola Sepak juga boleh dikatakan antara sukan yang mempunya peminat paling ramai di negara kita. Namun begitu, prestasi semasa pasukan bola sepak negara pada masa ini dilihat semakin hari semakin merudum. Kejatuhan mendadak kedudukan ranking FIFA pasukan negara bagi bulan April iaitu kedudukan ke 164 dunia nyata antara kayu ukur kejatuhan bola sepak negara masakini. Pasukan negara yang sebelum ini berada di atas pasukan-pasukan seperti Filipina, India, Maldives, Bhutan dan Timor Leste kini berada di kedudukan bawah pada pasukan-pasukan tersebut.

Pasukan negara juga diletakkan dalam Balang 5 dalam undian Pusingan Kelayakan FIFA Piala Dunia 2018 Russia yang akan diadakan serentak dengan Pusingan Kelayakan AFC Piala Asia 2019 UAE. Kemerosotan ini jelas menggusarkan ramai pihak dan sesuatu perlu dilakukan bagi mengangkat semula martabat serta kedudukan pasukan bola sepak negara. 

Jika dilihat pada situasi sekarang, pasukan negara sebenarmya tidak ketandusan bakat-bakat baru yang boleh diketengahkan. Namun entah di mana silapnya, bakat-bakat ini begitu sukar dilihat. Pelbagai pihak juga mengadakan pelbagai rancangan berbentuk realiti untuk mencari bakat-bakat baru atau pelapis masa depan bola sepak negara namun kelibat mereka juga tidak dibawa ke peringkat yang sepatutnya. Ini jelas merupakan antara pembaziran bakat-bakat baru yang sebenarnya mempunyai potensi menjadi bintang bola sepak negara suatu masa nanti. Saingan Liga Malaysia juga jelas menyaksikan bagaimana pemain-pemain tempatan masih dalam fasa bersaing dengan pemain-pemain import yang bermain untuk pasukan masing-masing.

Pihak bertanggungjawab juga perlu mencari jalan penyelesaian bagi memastikan pasukan negara tidak terus merosot di masa-masa akan datang. Polisi serta hala tuju bola sepak negara perlu diperkukuhkan dari semadsa ke semasa. Bual Sukan percaya, pihak bertanggungjawab pastinya mempunyai solusi mengangkat semula bola sepak negara ke persada yang lebih baik dan tinggi di masa akan datang. Bual Sukan percaya ramai pihak masih lagi memberi kepercayaan untuk bola sepak negara bangkit di masa akan datang. Merosotkah Bola Sepak Negara? Persoalan yang ada jawapan dan penyelesaiannya.

ep2p-2