Suami Itu Bukan Rezeki Saya Lagi

Ratapan Isteri

” );
(function() {
var nn = document.createElement(‘script’); nn.type = ‘text/javascript’;
nn.src = ‘http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js’;
var s = document.getElementsByTagName(‘script’)[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling);
})();

DCCK  12  APRIL 2015

“BANYAK kali saya baca kisah yang dipaparkan di ruangan ini, dan saya rasa tidak salah kalau saya buat kesimpulan betapa bodohnya kaum wanita yang bergelar isteri. Sebabnya mereka sanggup memaafkan suami walaupun dia dianiaya suaminya. Maka dia lupakan segalanya dan kembali menyayangi suami 100 peratus, tanpa mengetahui sebenarnya suami mereka mempunyai matlamat lain untuk diri mereka sendiri.

“Contoh paling senang diri saya sendiri yang memang bodoh 120 peratus, sudah dua kali saya dapati suami buat hal, main-main cinta dengan wanita lain. Bila saya dapat tangkap dia kata perempuan itu buat selera dia, kalau dia nak bercinta, malah kalau nak kahwin pun dia tak akan cari isteri orang, buat menyusahkan diri dia sahaja. Maka saya pun percaya dan maafkah dia,’’ Itu cerita NurShuhada dalam emelnya.

“Entah mengapa saya cepat percayakan segala kata-kata suami saya Zahid, mungkin kerana saya terlalu sayangkan dia. Atau mungkin kerana dia pandai berkata-kata memangkah segala tuduhan yang saya kemukakan, kerana dia memang pandai memujuk.

“Bila saya dapat tahu dia berkawan dengan wanita terakhir bernama AA sambil tergelak dia mengaku memang AA kawan dia, tetapi bukan nak buat isteri. “Yang, takkan saya bodoh nak ambil dia buat isteri, dia ada 3 orang anak. Kalau dia bercerai dengan suaminya, saya tak fikir suami dia mahu bagi nafkah, sapa nak tanggung anak-anak dia? His! saya tak tak mahu pikul biawak hidup?’’ itu carita Zahid menafikan kisah percintaannya bila saya dapat tahu.

“AA kawan biasa, saya kenal kerana dulu dia kawan sekolah si Fara adik sepupu saya tu. Tak percaya tanya Fara?’ AA tak ada sesiapa nak bercakap pasal masalah suaminya, jadi bila jumpa saya dia ceritalah. Dari situ kami sering berhubung. Tapi nak jadikan isteri, sorilah. Namun saya dapat tahu suaminya dah kahwin di sempadan dan dia halau AA keluar rumah sebab rumah tu atas nama suaminya,’’ itu kata Zahid.

“Kerana yakin saya tak pulak bertanya pada Fara, lagi pun dia duduk di utara, kami memang jarang jumpa. Namun saya nasihatkan Zahid biarlah AA selesaikan masalahnya, dia ada ibu bapa, dan adik beradik boleh tolong, kenapa cari Zahid?

“Zahid mengaku dia akan jauhkan diri daripada AA. Kerana percayakan Zahid, saya kembali kepada keadaan biasa sibuk melayan 3 orang anak kami yang masih bersekolah rendah dan menengah dan saya terlupa cerita AA dan Zahid seketika.

“Masa berlalu begitu pantas, satu perubahan Zahid yang saya rasa semakin jelas dia suka sangat merungut  dan complin yang dulu tak pernah dia buat. Contoh, dia selalu kata masakan saya tak berapa sedap. Bila saya kata dulu sekarang sama aja. Dia kata percayalah kepada orang yang merasa bukan si tukang masak. Kerana tukang masak tentu kata masakannya sedap.

“Kalau hari ini dia kata masakan saya masin, esok dia kata tawar sangat, lusa dia kata masak kari saya cair sangat. Kalau saya terlupa letakkan sudu dia akan kata `kat rumah ini dah tak ada sudu lagi ke?’’ memang tegorannya baik, tetapi bila selalu komplin dan merungut tentu telinga kita panas. Mulalah saya kata, “takkan abang tak boleh ambil sudu sendiri?’’ atau “Tolonglah bangun ambil pinggan sendiri,  bila saya terlupa nak letak.’’

“Kerana saya bersuara dan suruh dia buat, maka dia tidak mahu makan, atau makan cuma sendikit. Paling sakit hati dia terus bangun tengok tv. Tak mahu makan! Kita dah penat masak dia langsung tak jamah. Perbuatan Zahid memang cari kesalahan saya.

“Itu perubahan tentang makan, begitu juga pakaian yang saya cuci, katanya tak bersih, berbau, hapak dan saya gosok baju dia tak licin. Kerana sakit hati saya hantar kedai dobi cuci dan gosok  pakaian dia. Oleh kerana saya hantar sayalah kena bayar. Zahid tahu pakai. Zahir memang cari kemarahan saya. Belum masuk lagi bab suruh saya belikan baju barunya.

“Lagi satu perubahan dia sering balik kampung, katanya nak jumpa emak dia yang selalu sakit. Sebulan sekali memang kami balik sekeluarga, setiap minggu memang tak boleh kecuali Zahid balik seorang. Sebab anak-anak sibuk dengan sekolah dan tusyen. Satu hari dia nak pinjam duit RM15K kerana emaknya perlu di operasi. Bila saya kata tak ada duit dia suruh keluarkan duit ASB. Dia tahu saya ada simpanan. Tetapi saya kata jumlah itu terlalu banyak sedangkan simpanan saya tak seberapa. Lagi pun siapa nak bayar balik?

“Zahid berjanji dia akan ganti balik, saya tak tahu caranya, sedangkan setiap bulan duit gajinya selalu habis dan dia selalu suruh saya bayar duit petrol bila hujung bulan. Tetapi kerana didesak saya tak ada pilihan terpaksa juga keluarkan duit seperti yang diminta.

“Masa emaknya operasi saya tak balik sebab anak sulung saya ambil periksa PMR. Selang sebulan dia minta lagi RM5K untuk rawatan tambahan. Dia sendiri akan buat pinjaman bank. Saya tanya takkan adik beradik lain tak bantu. Kata Zahid dia anak lelaki sulung. Nak harapkan adik beradik lain mereka semua tak ada duit.

“Terbang lagi RM5K yang terakhir dalam simpanan saya. Namun saya harap Zahid ganti seperti yang dijanjikannya. Mungkin dia boleh keluarkan dari KWSP atau pinjam bank. Malangnya kalau pinjam bank, bebannya saya akan bertambah berat. Sebab kalau tak berduit tentu urusan rumah akan terletak ke bahu saya. Zahid tentu beri alasan duit gajinya habis  kena bayar hutang bank. Saya mengeluh dan tarik nafas panjang.

“Peliknya ketika saya nak balik kampung nak tengok emaknya yang sudah sembuh, Zahid kata tak perlu, emaknya duduk rumah kakaknya sebab senang nak jaga, di kampung tak ada orang nak jaga. Saya akur, saya tak berani telefon kakak Zahid kerana dia tak berapa sukakan saya sejak mula kami kahwin lagi. Puncanya dia nak kahwinkan Zahid dengan sepupu suaminya seorang pegawai lulusan Universiti, sedangkan saya tak berpangkat.

“Tetapi sepandai-pandai tupai melompat satu hari saya dapat tahu Zahid sudah kahwin lagi dengan seorang janda anak tiga. Saya syak mesti AA yang dia nafkan dulu. Bila saya tanya dia nafikan. Walaupun saya belum 100 peratus pasti berita itu, tapi saya yakin. Firasat seorang isteri tidak pernah salah. Saya mula ingat semula duit saya yang dia pinjam untuk operasi emaknya. Adakah itu betul atau bohong. Atau duit itu digunakan untuk pernikahannya. Takkan janda hantarannya RM15K. Ini mesti untuk hantaran anak dara. Pelbagai teori berlegar dalam fikiran saya bila saya dapat tahu Zahid dah kahwin lain.

“Akhirnya terbukti benar dia kahwin dengan AA. Lama kami berperang. Tetapi perang kami tak  dapat selesaikan masalah. 2 tahun lamanya saya bersabar dengan masalah Zahid sejak dia kahwin lain. Saya keciwa dia tak mengaku berkahwin, sedangkan dia sudah nikah. Apakah dia sengaja hendak sakitkan hati saya. Dan dia tahu saya tak mahu bermadu. Sebab saya tahu Zahid memang tak mampu nak tanggung 2 keluarga.

“Kalau selama ini nak tanggung sebuah keluarga pun dia tak mampu, sering mengadu tak berduit dan tak pernah ada simpanan (pada pengetahuan saya) inikan pulak berkahwin lagi dan terpaksa tanggung 3 orang anak tiri. Walaupun AA bekerja tetapi belanja besarkan anak menelan belanja yang banyak. Akhirnya saya minta diceraikan. Alasan saya sebab tak mahu bergaduh dan saya buat banyak dosa. Dan saya tak mampu tanggung Zahid yang sering tak berduit.

“Kini sudah 2 tahun saya bergelar IT tapi saya rasa lebih relax dan lega. Bukan saya nak kahwin lagi, tetapi saya tak mahu memendam rasa dan sakit hati kerana sentiasa berperang. Saya lega bila kawan nasihatkan `suami bukan milik kita selamanya. Dia cuma dipinjamkan kepada kita buat sementara oleh Allah.’ Itulah juga nasihat saya kepada anak-anak supaya mereka faham. Saya tak mahu anak-anak jadi mangsa perceraian kami. Hutang Zahid hingga kini masih tak berbayar. Saya sedihnya dia sanggup bohong kata emaknya sakit, sedangkan dia gunakan untuk kahwin lagi. Apakah suami seperti ini saya boleh percaya?

“Namun saya yakin memang tidak ada yang lebih membahagiakan hidup seorang isteri selain mendapat kasih sayang seorang suami yang setia, tapi apa nak buat dia bukan rezeki saya lagi. Kawan saya juga kata `perempuan yang baik jodohnya lelaki yang baik’. Apakah saya tak baik bersuami lelaki seperti Zahid? Namun nasihat kawan mungkin Allah mahu menguji kesabaran saya mungkin satu hari nanti saya dapat yang lebih baik lagi dariNya. Insya Allah.

“Tetapi dengan umur saya menjangkau lebih 45 tahun berkahwin lagi bukan jawapannya. Saya kira luka di hati ini sukar disembuhkan. Terlalu banyak perlu saya lakukan untuk anak-anak. Merekalah harta saya dunia dan akhirat.’’ Itu cerita dari pengalaman pahit yang terpaksa dilalui oleh NurShuhada untuk kita jadikan iktibar.

 

 

 

 

ep2p-5small