Shabbery : Syarikat Telekomunikasi Akan Mengurangkan Caj Tarif Pada Bulan Ini

Salah satu perkara yang sering dikomen oleh orang ramai adalah berkaitan dengan caj syarikat telekomunikasi yang tinggi – terutamanya untuk perkhidmatan internet. Menjawab mengenainya hari ini, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Ahmad Shabbery mengatakan semua syarikat telekomunikasi akan mengurangkan caj tarif pada bulan ini.

Ahmad Shabbery

Tiada sebarang tarikh pasti yang diberikan oleh beliau, dan hanya menekankan ia akan berlaku dalam tempoh 30 hari akan datang. Shabbery mengatakan penurunan kadar caj tarif ini kelak adalah hasil perbincangan dengan syarikat telekomunikasi tempatan sejak beberapa bulan yang lepas. Malah beliau sendiri sebelum ini telah mengatakan beberapa kali meminta syarikat telekomunikasi untuk menurungkan harga penawaran mereka dalam menjadikan ia lebih mampu untuk digunakan ramai.

Menurut beliau juga, penurunan tarif kelak akan lebih tinggi daripada 6%.

Pada perkongsian sama, Shabbery turut menekankan yang mana kini lebih 20 juta pengguna di Malaysia mempunyai akses internet.



ep2p-5small