Salah Siapa Jika Anak Keluar Tengah Malam

 

” );
(function() {
var nn = document.createElement(‘script’); nn.type = ‘text/javascript’;
nn.src = ‘http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js’;
var s = document.getElementsByTagName(‘script’)[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling);
})();

SAM_4258 

“TERUS terang saya katakan, kisah minggu lalu berjudul “cabaran membesarkan anak zaman moden’’ memang merupakan masalah besar yang terpaksa dihadapi oleh kebanyakan ibu moden zaman ini, tak kiralah yang baru berumur 30an tahun mahupun 50an tahun. Mendidik, membesarkan anak-anak memang jadi dugaan besar yang terpaksa mereka lalui.

“Jika berkahwin tetapi tak ada anak juga kaum wanita hadapi pelbagai masalah diumpat keji ahli keluarga. Tetapi ada kalau anak anda juga bakal menghadapi pelbagai masalah  jika tidak di didik dengan betul. Maklum setiap anak mempunyai pandangan dan perbadi yang berbeza.’’ Itu menurut pandangan Mimi Norliana dalam emel yang dihantarkannya.

“Saya ada 3 orang anak, umur saya kini sudah lebih 45 tahun, masalah saya apabila anak sering meminta duit untuk top-up, tengok wayang dengan kawan-kawannya. Kebetulan saya tinggal di taman perumahan yang mudah mendapat perkhidmatan bas dan LRT.

“Kalau tak tengok wayang mereka minta duit keluar makan-makan dengan kawan-kawan, paling tidak sebulan sekali, dulu dua minggu sekali mesti nak keluar, tetapi saya berjaya nasihatkan anak sulung saya ni, tetapi anak lelaki kedua saya, payah nak dilentur. Tegah macam mana pun, dia mesti nak keluar rumah nak jumpa kawan.

“Puas saya dan suami nasihatkan, sebulan dia berubah, lepas tu buat balik. Saya tak salahkan rumah kami mudah dapat bas dan LRT, kerana itu yang memang kami cari, sebab memudahkan saya pergi bekerja. Suami saya naik motor. Kami memang tak mampu nak beli kereta. Tetapi lain pulak masalah yang saya hadapi kini.

“Namun saya lega saya tak ada masalah dapatkan bas khas untuk anak-anak ke sekolah, kerana  naik bas biasa atau LRT memang mudah. Tetapi masalah lain pulak timbul. Saya tak sangka kemudahan yang saya cari ini menyusahkan saya bila anak-anak dah besar.

“Anak lelaki saya berumur 14 tahun, tetapi kawannya ramai, maklum di kawasan perumahan kami ini memang ramai penghuninya. Ayahnya tak izinkan guna motornya, tetapi dia pandai bawa motor kawannya yang ajar dan bagi pinjam.

“Pernah satu malam saya bangun nak minum air, tetapi alangkah terkejutnya saya bila saya tinjau ke bilik anak lelaki saya cuma ada seorang saja, sementara seorang lagi tak ada. Puas saya cari di bilik air dan di dapur, tak ada. Mana dia? Suami saya kata kunci rumah tak ada, tapi kunci motor ada. Sah dia keluar rumah. Jam 3 pagi dia pergi mana?

“Kami suami isteri pakat tunggu jam berapa dia balik, kami syak dia mesti keluar dengan kawan-kawannya. Tepat! Jam 4.30 pagi baru dia balik. Sebaik saja dia masuk kami bertanya ke mana dia pergi, dengan tergagap dia beritahu pergi kedai mamak makan dengan kawan-kawan. Terkejut kami, waktu itu dia baru tingkatan 2. Tanpa banyak bicara suami saya lepaskan penampar ke muka dan belakang badannya. Kami benar-benar tak tahu sejak berapa lama dia buat kerja keluar rumah tengah-tengah malam ketika kami sedang tidur.

“Peristiwa malam itu membuat kami tempah mangga pintu rumah baru dan simpan dalam bilik kami setiap malam. Lepas peristiwa itu, 3 bulan dia baik, lepas tu dia buat lagi tetapi tak berani keluar malam, cuma  minta izin nak keluar jumpa kawan. Pelbagai cara kami pujuk dan nasihatkannya, tetapi dia liat, dia lebih mesra berbual dengan kawan daripada kami.

“Untuk hadapi peperiksaan PMR kami galakkan kuat belajar supaya dia boleh masuk asrama, tetapi gagal. Sejak peristiwa itu bergelen air penawar, air jampi, air yasin saya beri dia minum sebab saya bimbang dia terjerumus kepada benda yang tak elok. Namun saya tak tetap gagal. Kini saya awasi dia kerana dia akan ambil SPM. Kini hanya doa saya bersamanya supaya dia menjadi anak yang baik dan rajin solat.

“Anak perempuan saya habis tingkatan lima terus bekerja, katanya dia tak berminat belajar lagi. Alasannya, sekarang ada diploma dan ijazah pun belum tentu boleh dapat kerja. Kalau dapat kerja pun bukan sesuai dengan diploma atau ijazah yang dipegang.

“Katanya dia jadi kerani, ada kawan tempat dia bekerja itu pun jadi kerani walaupun ada diploma. Gaji dia dengan kawannya itu cuma berbeza RM100 saja, jadi buat apa dia nak belajar teruk-teruk, pinjam PTPTN buat hutang, sapa nak bayar? Dan macam mana nak bayar hutang jika gaji cuma RM1,000 sebulan? Sampai mati pun tak boleh habis bayar?

“Anak saya ni memang pandai cakap dan kuat melawan. Kalau saya dia buat pekak. Doa saya supaya dia cepat dapat jodoh dan segera kahwin. Saya memang tak paksa dia belajar, sebab saya takut dia gagal, sapa nak bayar hutang PTPTN nanti? ‘’ Itu pengalaman pahit Mimi Norliana membesarkan dua dari tiga orang anaknya yang meningkat remaja.

Sementara itu Ummi dalam masej melalui telefonnya menasihatkan ibu-ibu supaya bertindak tegas dalam mendidik dan membesarkan anak-anak dalam dunia hari ini yang penuh dengan cabaran. Jangan biarkan anak-anak tanpa bimbingan takut mereka terjerumus ke tempat yang tidak baik dan bakal membawa padah kepada semua ahli keluarga.            

“Saya tertarik dengan artikel DCCK minggu lalu kerana saya pun ibu dan ada 5 org anak berumur dari 20 – 8 tahun dan saya amat setuju dengan pandangan Suriyani minggu lalu.

“Sebagai ibu atau ayah kita perlu tegas dalam membimbing, mendidik dan menasihati anak-anak. Kita mesti tahu membezakan yang mana satu keperluan atau hiasan. Kita tidak boleh berlembut dengan anak-anak, kerana dengan kelembutan kita itu boleh membuatkan si anak memainkan perasaan kita supaya mengikut kehendaknya. 

“Anak-anak perlu didisiplinkan semasa mereka masih kecil lagi paling baik ketika berusia bawah 12 tahun. Namun itu bukan bermakna kita sebagai ibu dan ayah tak sayangkan anak, kerana sayangkan mereka lah kita perlu mendidik mereka dengan baik supaya makan nasihat, mendengar kata dan tahu membuat pilihan yang mana baik yang mana buruk.

“Anak-anak perlu diberitahu tentang kesusahan anda semasa kecil, dan betapa anda bekerja keras untuk kehidupan sekarang. Semua itu boleh diperolehi jika anak-anak ada cita-cita dan belajar bersungguh-sungguh untuk kesenangan masa hadapan.

“Ceritakan dengan belajar hingga pandai dia boleh dapat kehidupan lebih baik. Supaya mereka percaya, maka datuk dan nenek boleh mainkan peranan ceritakan  kesusahan anda semasa kecil. Ceritakan juga betapa susahnya datuk bekerja supaya ibu dan ayah mereka boleh bersekolah.

“Ceritakan juga cucu-cucu hari ini pergi ke sekolah naik bas, tidak seperti ibu bapa mereka terpaksa jalan kaki berbatu-batu kerana tiada bas. Kerana itu bawalah balik anak-anak ke kampung sekali sekala supaya nenek dan datuk boleh bercerita.  

“Dengan cerita-cerita seperti ini boleh memberi kesedaran dan rasa simpati anak-anak kepad ibu bapanya dan boleh mengurangkan permintaan yang melebih-lebih daripada kemampuan anda. Sebagai ibu bapa juga kita jangan terlalu mengikut kehendak atau permintaan mereka semata-mata kerana sayang dan kesian.

“Ada ibu dan ayah moden berpendapat kerana masa kecil aku hidup susah, maka dia akan  mewahkan dan senangkan hidup anak-anaknya hari ini. Ini satu pandangan yang salah.

“Ibu bapa mesti salalu mendampingi anak-anak dan berbual dengan mereka sambil bercerita apa juga yang tak baik pada pandangan anda supaya mereka faham. Ceritakan juga bahawa perkataan `tak boleh’ bukan bermakna anda tak sayangkan mereka, tetapi benda itu bukan satu keperluan. Ibu bapa perlu bijak memainkan peranan bercerita, dan semua ini boleh dilakukan jika anda sentiasa mendampingi mereka dan tunjukkan kasih sayang dengan perbuatan bukan dengan memberi hadiah yang mahal-mahal.

“Jika anak-anak sentiasa mendapat hadiah yang dikehendakinya, maka benda-benda itu tidak bermakna kepada mereka. Tetapi jika sesuatu itu sukar diperolehi, benda itu menjadi amat berharga dan bermakna. Anak-anak tidak akan mengamuk jika dididik sejak kecil.

“Saya selalu bercerita dengan anak-anak di tadika saya jika hendak sesuatu hadiah atau barang permainan cakap baik-baik pada ibu dan ayah. Jika tidak dibelikan itu mungkin kerana mereka  tak cukup duit. Dan mereka faham.                  

“Ibu bapa moden mesti banyak belajar dari orang lebih tua cara mendidik anak yang baik, dan janganlah angkuh, kerana akhirnya nanti anda akan menyesal bila dikatakan “ibu moden kini  melahirkan tuannya,’’ Itu nasihat Ummi panjang lebar dari pengalamannya.

 

 

ep2p-2