Populariti Najwa Latif Makin Menurun?

Penyanyi comel Najwa Latif sebelum ini pernah popular dengan lagu Untuk Dia duet bersama Sleeq kini akui yang karier nyanyiannya semakin perlahan akhir-akhir ini kerana terlalu sibuk dengan pengajiannya di Universiti Antarabangsa UNITAR sejak setahun lalu.

Ramai yang menganggap populariti Najwa Latif semakin menurun namun hakikatnya Najwa Latif perlu memberikan fokus kepada pelajaran di UNITAR memandangkan dirinya kini sudah berada semester kedua dalam bidang Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) di universiti tersebut.

“Saya tidak menyepi daripada industri tetapi sedang sibuk dengan pelajaran tambahan pula saya kini sudah menyambung pengajian diperingkat ijazah sarjana muda di UNITAR,”

Sudah lama Najwa Latif tidak muncul dengan album terbaru menjadi faktor namanya tenggelam berbanding rakan artis seangkatannya. Namun walaupun sibuk dengan jadual pengajian Najwa Latif dikatakn masih aktif mengadakan persembahan terutamanya pada hujung minggu dan tawaran masih banyak tawaran diterima. Walaupun terpaksa membahagikan masa antara kerjaya dan hobi Najwa Latif tidak berasa terbeban dengan tugasnya sebagai pelajar dan penghibur.

Advertisement

najwa latif2

Najwa kini sibuk dengan pengajiannya di UNITAR.

“Single terakhir yang saya keluarkan adalah Hilang pada tahun lalu dan mungkin itu juga menjadi sebab saya dilihat senyap daripada industri wahal persembahan pentas masih saya lakukan seperti biasa,”

Najwa Latif baharu sahaja melancarkan single terbaharunya berjudul Suatu Hari Nanti yang dicipta oleh Aliff dari kumpulan Sleeq. Semoga kerjaya seni Najwa Latif terus menyinar dan kekalkan ciri-ciri muslimah walaupun bergelar penyanyi. Opss!

206 total views, 206 views today

ep2p-2