#PilotCafe, Neelofa Jelaskan Isu Poster Diri Tidak Bertudung

Gosip Artis » Filem » #PilotCafe, Neelofa Jelaskan Isu Poster Diri Tidak Bertudung

Advertisement

Neelofa sekali lagi menjadi tumpuan apabila gambar poster ‘Pilot Cafe’ yang dimuat naik di laman Instagramnya mendapat kritikan sesetengah peminat serta pengkritik.

Dengan imejnya dan perwatakannya sekarang memang tidak mustahil dirinya akan dikritik dek kerana isu gambar yang tidak bertudung.

Namun, Neelofa menjelaskan mengenai isu hangat ini ketika menghadiri sidang media filem tersebut. Menurutnya, penggambaran filem itu bermula pada tahun 2013 dan Neelofa mula berhijrah sekitar Julai tahun lepas.

BARU:- Neelofa Anggap Ada Hikmah Di Sebalik Kisah Tolak Salam Dengan Pengurus

#PilotCafe, Neelofa Jelaskan Isu Poster Diri Tidak Bertudung

“Bila saya memuat naik poster filem ke Instagram saya, ada peminat yang bercakap kenapa nak letak gambar saya yang tak bertudung di situ. Hari ini saya akan jelaskan yang pertama ialah penggambaran filem ‘Pilot Cafe’ dijalankan pada tahun 2013″

“Manakala yang kedua filem ini juga melibatkan banyak pihak & yang ketiga saya bersyukur filem ini keluar sekarang, sebab orang boleh tengok saya di dua sisi yang berbeza,” katanya.

Advertisement

#PilotCafe, Neelofa Jelaskan Isu Poster Diri Tidak Bertudung

Saksikan #PilotCafe di pawagam

Tambahnya, dirinya terpaksa memikirkan kesan kepada banyak pihak yang semestinya menjadi tanggungjawabnya.

“Apa yang ingin saya katakan sesiapa pun boleh berubah dan kadang-kala ia berlaku dalam sekelip masa.

“Sudah tentu saya ingin memadam apa juga kisah lalu saya tetapi ia sesuatu yang mustahil jadi apa boleh saya lakukan adalah teruskan kehidupan dan mengambil iktibar,” jelasnya.

333 total views, 333 views today

Advertisement

ep2p-5small