su_03.1-1-KUALA LUMPUR: Syarikat penyedia perkhidmatan internet sedia menurunkan kadar caj perkhidmatan kepada pengguna dalam tempoh sebulan lagi.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, perbincangan telah dibuat dan satu keputusan menang-menang akan diputuskan nanti.

“Semua (penyedia perkhidmatan internet) setuju untuk turunkan kadar caj jalur lebar mereka,” katanya selepas merasmikan ‘Content Malaysia Pitching Centre’ di Platinum Sentral, Kuala Lumpur.

Menurutnyanya lagi, kadar yang bakal turun akan melebihi enam peratus dan ia mungkin berbeza mengikut syarikat penyedia perkhidmatan.

Tambah Shabery, dengan perkembangan teknologi maklumat di era digital, talian internet menjadi penting sebagai medium penyampaian maklumat dan sumber inspirasi dalam merangsang kandungan kreatif negara.

Pitching Centre ini bakal menjadi pusat khas yang bakal memudahkan penerbit kandungan untuk mempersembahkan kandungan mereka dalam usaha mendapatkan dana yang disediakan menerusi agensi seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC), FINAS dan juga Radio Televisiyen Malaysia (RTM). – Awani