OnePlus One 64GB Berharga RM1199 Di Malaysia – Akan Dijual Serendah RM859 Melalui Pakej Maxis

Maxis hari ini secara rasminya telah mengumumkan penawaran OnePlus One untuk pasaran Malaysia, dimana ia akan ditawarkan secara eksklusif oleh Maxis. Pengguna boleh mendapatkan ia dengan pakej Maxis pada harga serendah RM859.

OnePlus One 64GB

Maxis menawarkan OnePlus One ini dengan pakej MaxisOne Plan, dimana pengguna akan mempunyai komitmen sebanyak RM128 untuk 12 bulan pertama, dan RM158 untuk 12 bulan seterusnya. Melalui pakej ini, Maxis menawarkan panggilan dan SMS tanpa had, serta akses internet sebanyak 3GB. Setiap belian tertakluk kepada kontrak 24 bulan.

Maxis OnePlus One

Dari segi spesifikasi, OnePlus One membawakan skrin bersaiz 5.5-inci, dilengkapi cip pemprosesan Snapdragon 801, memori 3GB RAM, dan kamera belakang 13-megapixel. Ia turut menjalankan CyanogenMod dimana boleh dikemaskini kepada versi terbaru iaitu CM12 berasaskan Android 5.0 Lollipop.

Untuk pembelian melalui Maxis, pihak Maxis akan menawarkan jaminan selama setahun, dan menariknya, untuk bulan pertama, pengguna yang mempunyai masalah peranti boleh membuat pertukaran satu-ke-satu dengan pihak Maxis. Penawaran ini hanya terhad sehingga penghujung Mei sahaja.

Peranti ini juga akan dijual tanpa sebarang kontrak Maxis, membolehkan anda mendapatkannya di Maxis Store seluruh negara.

ep2p-5small