Najib Razak Paling Teruk Sejarah Perdana Menteri Malaysia?

najib perdana menteri

Najib Razak Paling Teruk Dalam Sejarah Perdana Menteri Malaysia? Pak Lagi OK? Najib Terlalu Banyak Skandal & UMNO Kalah PRU14! Berdasarkan pengamatan dan pengalaman Mahathir dalam sepak terang politik Malaysia serta iklim sokongan rakyat Malaysia pada ketika ini, Mahathir yakin dan percaya jikalau Najib Razak meneruskan memimpin Malaysia, rakyat Malaysia akan menolak UMNO melalui keputusan Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU 14).

Mahathir cukup kesal dengan “anak buah yang diangkat” untuk dijadikan perdana Menteri selepas menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi, apabila melihatkan prestasi Najib Razak lebih teruk daripada Pak Lah. Dan sepatutnya Najib Razak letak jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO disebalik kelemahan kepimpinannya.

Selepas menergur secara senyap dan secara baik selama 4 tahun lamanya, segala kelemahan dan kerosakan disebalik kepimpinan Najib Razak sebagai Perdaan Menteri Malaysia, tetapi tetap tidak mahu berubah malah diteruskan walaupun nasihat demi nasihat telah diberikan kepada Najib Razak.

Segala fasa untuk ditegur secara baik sudah berakhir untuk Najib Razak. Siganal jelas sudah ditunjukkan sekarang. Ini adalah jalan terakhir yang dilakukan oleh Mahathir Mohamad bagi menyelamatkan Malaysia.

Mahathir meneruskan serangan ke atas Najib Razak secara terbuka dan Mahathir mahukan Najib Razak letak jawatan Perdana Menteri Malaysia dan Presiden UMNO. Ini kerana Mahathir merasakan yang parti UMNO sudah tidak mampu selamat dan bakal dihumban jatuh oleh pengundi pada Pilihanraya Umum ke 14 (PRU14). Mengapa begitu radikal kritikan Mahathir kali ini ke atas Najib Razak?

BACA SINI : Malaysia Antara Negara Terbersih Rasuah (Menteri) VS Malaysia Antara Paling Korup di Dunia (Firma Ernst & Young)
Kelemahan Najib Razak Sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO?

Najib Razak terlalu banyak skandal sepanjang menjadi Perdana Menteri Malaysia
Najib Razak terlalu senyap dalam banyak isu yang berbangkit dan tidak dapat jawab sesuai dengan kapasiti sebagai Perdana Menteri sebuah negara yang sepatutnya mesti berani berhadapan dengan sebarang persoalan dengan rakyat atau sesiapa sahaja.
Ketika Najib Razak pimpin Malaysia, hari ini media dan akhbar luar negara melabelkan Malaysia “The Most Corrupt Country In The World” sedangkan ketika Mahathir bersama-sama Anwar Ibrahim memimpin Malaysia di era 90an, telah berjaya menagngkat Malaysia menjadi “Harimau Asia” dalam ekonomi bersama Singapura, Korea Selatan
Ada lagi mahu tambah?
Sambungannya boleh semak paparan tulisan Chedet di bahagian atas

P/S : Rupanya bagi bagi pendapat seoarang menteri ________
Soal pembunuhan tanpa motif, soal kerugian syarikat pelaburan kerajaan, soal berbelanja mewah di saat rakyat hidup susah adalah berkait rapat SOAL DALAMAN UMNO SAHAJA. Jadi, ia hanya perlu diselesaikan dan bincang sesama mereka sahaja secara dalaman dan tertutup. Kata Menteri Malaysia. Ermmmm….

PP/S : Ada juga mengatakan jikalau kritik kerajaan disamakan usaha jatuhkan kerajaan. Pemikiran apakah yang cuba ditunjukkan sekarang ini?

PPP/S : Sementara di luar sana kritikan bertali arus dari Daim Zainuddin, Kadir Jasin, Mahathir Mohamad dan yang lain-lain, Datuk Seri Najib Tun Razak sangat tenang di Seri Perdana. Mengecapi kejayaan kerjaya dan bebas kewangan atas usaha bertahun dalam politik seperti video di bawah ini. Meow….

Siarkan Komen Anda di Facebook

Komen Bernas di Berita Semasa

ep2p-5small