My Kuali: Terung masak kicap

 Asalamualaikum dan selamat pagi semua…. auto post entry, sbb masa ni kak rose dah berada nun di negeri gajah putih… jalan2 release kan mind yang poning pasal giesti…. padahal kat negara sinun tu lagi tujuh percent dia punya giesti kan… tak kisah la, asalkan dapat g jenjalan…. so this auto publish entry yang kak rose masak pada hari jumaat lepas…sebenarnya teringin nak makan gulai kari ikan masin dengan terung tapi en asben tak nak pulak… takut mengantuk masa semayang jumaat katanya… dan masak kicap ni jadi penyelamaynya… sedap pulak tu.

resepi dari sifu masak yang pemes tu siapa lagi kalau bukan CMG kan… mekasih ya Mat, kak rose tepek kat sini pulak…

BAHAN-BAHANNYA :-)

2 biji terung ungu, saiz sederhana

1 genggam ikan bilis, dibersihkan, rendam 5 minit dan toskan

1 biji bawang besar, hiris

2 ulas bawang putih, hiris

1 biji cili merah, hiris

1 biji cili hijau, hiris

1 camca besar sos tiram JALEN

2 camca besar kicap pekat JALEN

2 camca besar kicap lemak manis JALEN

Sedikit air

Hirisan daun bawang untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)

Buang sedikit kulit terung, kemudian
hiris sederhana tebal. Rendam dalam air bergaram 5 minit dan toskan.
Panaskan 5 camca besar minyak masak, goreng ikan bilis hingga garing,
tolak ke tepi kuali, keluarkan minyak dan tinggalkan kurang lebih 3
camca besar.
Tumis bawang besar, bawang putih, cili
hijau dan cili merah hingga layu. Masukkan sos tiram, kicap pekat dan
kicap lemak manis, kacau rata dan tuang sedikit air (anggaran 1/4
cawan). Kacau rata.
Bila mendidih, masukkan terung dan gaul
rata. Masak dengan api sederhana hingga terung lembut dan kuah pekat
sedikit. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Taburkan hirisan daun
bawang sebelum dihidang..Sedap dimakan bersama nasi panas dan bubur
nasi…

ep2p-5small