My Kuali: Pengat labu+sagu biji

 lama carving for pengat labu nih… bila labu murah jer baru beli dan labu ni lah lebihan yang kak rose buat sira hari tu… dah dua menu kak rose buat, ada baki lagi labu nih… maklumlah bila beli memang tamak, nak yang beso jer… boleh lah masak macam2 menu dari sebiji labu bagak ni… nanti kalau rajin boleh buat apam labu la pulak ya…

resepi dari rosjintanmanis, mekasih ya. kak rose mintak izin nak kongsikan kat sini..

Pengat Labu Manis Bersama Sagu Mata Ikan
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com
Bahan-bahanya

1/4 biji labu manis ( saiz sederhana)
1/2 cawan sagu mata ikan, basuh dan toskan
2 cawan santan
1 cawan air
sehelai daun pandan
1/2 sudu kecil garam
1/2 ketul gula melaka
1/2 cawan gula

Cara-caranya
1. Potong labu bentuk kiub, saiz nye agak-agak lah ye, tidak terlalu
kecil tidak terlalu besar, cincang gula melaka, carikkan daun pandan dan
simpul, masukkan gula melaka yang telah dicincang ke dalam periuk
bersama-sama daun pandan, air, garam dan gula.
2. Setelah gula melaka larut, masukkan pula labu dan santan, kacau
selalu, setelah labu separuh masak baru masukkan sagu mata ikan, masak
sehingga labu empuk dan sagu mata ikan menjadi jernih.
3. Angkat dan sedia untuk dihidangkan panas  atau sejuk, selamat mencuba.

ep2p-5small