My Kuali: Nasi goreng daging

 nasi goreng daging yang banyak kali dah kak rose buat…. sedap dan mudah menyediakannya, kira all in one… semua dah ada dalam tu, tak payah nak sediakan lauk dan sayur bagai… nampak sangat pemalasnya kan kak rose ni? bila tinggal sorang2 ni memang nak yang mudah disediakan dan cepat jer dapat menikmatinya… so nasi goreng ni one of the option lah kiranya…. makan dengan tomato slice n chicken tempura+sos cili…nak potongkan timun, sekali timun yg disimpan dalam vege compartment pun dah jadi beku…. berice!

wasted jer timun jepun ni… dah jadi ice batu, begitu jugak satu bundle celeri…. semuanya beku.  tak de rezeki la sudahnya kan… apa pun, mixed vege jadi penyelamat untuk nasi goreng ni…. resepi dari AlongRoz, mekasih.

Bahan-bahan

4-6 mangkuk nasi putih
1 senduk kecil minyak
10 biji bawang merah*
4 ulas bawang putih* (*separuh hiris dan separuh tumbuk)
2 cili merah – tumbuk
100-200g daging – hiris nipis – kak rose buh daging cincang jer
Segenggam mix vege 
2 sm sos tiram
1 kiub ayam maggi (4 g)
2 sm kicap masin
2 sm kicap manis
Saleri & Bawang besar
Garam dan lada sulah
Cara-caraCampurkan nasi dengan garam dan juga serbuk lada sulah.
Panaskan minyak dan tumis bawang hiris hingga keemasan. Angkat dan ketepikan.
Tumis pula bahan tumbuk hingga naik bau. Masukkan daging dan kacau sampai daging masak.
Masukkan sos tiram, kicap masin dan manis. kacau sekejap dan masukkan mix vege.
Last skali masukkan nasi dan gaul rata.
Angkat dan hidangkan dengan bawang goreng tadi, hirisan saleri dan bawang, keropok ikan dan salad kegemaran.

ep2p-2