My Kuali: Nasi ayam butter

 walaupun tak berapa sihat sbb demam yang berpanjangan, tapi sebab anak ada balik bercuti dan esok dah nak kembali semula ke melaka, jadinya mamanya gagahkan diri masak nasi ayam untuk lunch semalam. sejak balik hari minggu tu memang tak sempat nak masak untuknya lagi…. dan rasa sangta berbaloi bila tengok dia makan bertambah2 dengan tiga ketul peha ayam at one go!… hilang rasa penat bersilat didapo dengan minyak goreng ayam yang terpercik merata! kak rose kongsikan resepi dari hana ni ya…

Bahan-bahan
UTK NASI

3 cawan beras (hana gune beras thai )- basuh dan toskan
31/2 air rebusan ayam – bergantung jenis beras
Rempah tumis (kayu manis,bunga lawang, cengkih, pelaga..)
1/2 biji bawang besar – dihiris
1 inci halia – ketuk
1 sudu serbuk pati ayam knorr
1 helai daun pandan simpul
1 batang serai ketuk (kak rose x letak)
2 sudu besar butter
garam

>>
Panaskan butter. Masukkan rempah tumis, hingga naik bau.. Masukkan
bwg, halia.. Tumis lagi. Masukkan pula air rebusan ayam, daun pandan,
serai, serbuk pati ayam dan garam secukup rasa. Masukkan beras dan
pindahkan ke dalam rice cooker. Masak seperti biasa.

UTK SUP

1/2 ekor ayam size kecil – potong
1 sk serbuk@kiub pati ayam
1 batang saderi – potong
2 inci halia – ketuk
Air secukupnyer
garam
daun bawang dan bawang goreng

Rebus semua bahan sehingga ayam masak. Toskan ayam dan ketepikan. Masukkan daun sup dan bawang goreng. Siap utk hidangan sup.

UTK SOS MERAH
3-4 batang lada merah*
2 ulas bwg putih*
2 biji tomato*/bleh juga gune tomato puri (kak rose guna cherry tomato)
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos chili
1 sudu kecil cuka
1 sudu besar gula

blend
yang bertanda *. Masukkan dlm periuk/kuali dan masukkan sos,cuka,
gula n garam. Didihkan sehingga kuah agak2 pekat n matikan api. (kak rose x masak pun, terus cam tu jer pun dah sedap!)
UTK SOS HITAM@KICAP
3 sudu besar kicap
1 sudu kecil madu
2 sudu besar air rebusan ayam ( kak rose buh lebih air rebusan tu )

Campurkan semua. ketepikan.

UTK AYAM GORENG MADU – bleh juga tgk di sini.

Ayam rebusan tadi
3 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar madu
1 inci halia – parut
2 ulas bawang putih – parut
blackpepper – optional
bleh tambah minyak bijan jika inginkan lebih wangi

Campurkan
semua bahan. Perap lebih kurang satu jam atau lebih. (hana perap
20min jer) Panaskan minyak (gune minyak sedikit sahaja asal tenggelam
paras setengah ayam). Goreng ayam tadi hingga keitam2an. Jgn hangus
sudah! Jika ingin dibakar boleh juga.Hidangkan dengan nasi ayam, sup n
sos tadi dan juga dengan daun salad@ kubis, tomato dan timun.

ep2p-5small