My Kuali: Melayan tekak yang demam…

 dah dekat seminggu demam, ubat pun dah abes dimakan tapi demam dan pahit mulut tak hilang2 lagi nih…. dua hari lepas g jumpa doktor tu rasa macam dah ok, so bawak lah diri g jenjalan shopping2 dan makan2….tak beringat baru lepas demam, minum pulak orange frost… memang nak jadi punca demam datang balik! tapi lepas lunch kat Black Canyon Cafe tu badan rasa sejuk menggigil walaupun sebenarnya sangatlah panas temperature nya…. malam lagi lah… badan berpeluh tapi sejuk menggigil tanpa air-cond! dan sudahnya sekali lagi kena g jumpa doktor…

dan bila tekak rasa pahit dan rasa macam nak termuntah jer, semua menda pun tak leh nak masuk… cuba buat bubur mekdi ni, tu pun dapat makan cuma sikit jer… tak tertelan rasanya….apa pun meh kak rose kongsikan resepi bubur ala mekdi ni kat sini..

Bahan-bahan

1 1/2 cwn beras (lbh kurang 250gm)

1 1/2 inci halia di ketuk / titik

2 sk serbuk pati ayam / 1 kiub pati ayam

300gm isi ayam / 1/4 ekor ayam

sedikit garam

1 liter air

* GARNISH *

lada merah

daun bawang n daun sup

sedikit mninyak bijan

* AKSESORI TAMBAHAN *

ikan bilis n kacang digoreng

lada jeruk

Cara-cara

Rebus ayam hingga empuk. Keluarkan ayam dan toskan airnya. Air rebusan ayam jgn dibuang.

Basuh beras bersih. Masukkan beras dlm periuk lebihan
air rebusan ayam. Masak beras hingga kembang, masukkan air sikit-sikit.
** Masak bubur ikut suka lembut mcmmana kita nak

Bila bubur hampir masak masukkan halia, pati ayam dan sedikit garam.

Bubur bolehlah dihidang dgn ayam rebus tadi (siat
kecil), bawang goreng, lada merah n daun sup. Titiskan sikit dgn minyak
bijan. sedap mkn ngan ikan bilis n kacang goreng, cili jeruk atau sambal kicap.

ep2p-2