My Kuali: Buah melaka

 Buah melaka untuk minum petang semalam…. dah berkali2 buat, tapi tak pernah jemu dengan kuih mudah ni… walaupun hari tu terperanjat dengan harga tepung pulut…5.90/500gm, belek2 macam tak percaya, tapi itulah rega yang tertera di price tagnya! cuma kak rose tersilap sbb tak amik gambar pada price tag tu…dan baru ni bila g thailand, sepeket 500gm tu baru 16bath… about rm1.90 cam tu… so amik lah lebih sket untuk stok bulan posa nanti….

Bahan2
(dalam 20 biji)

1 cawan tepung
pulut
1/4 cawan tepung
gandum
1/3 cawan air daun
pandan (daun pandan dikisar halus dengan air)
1/3 cawan air
dengan 2 titik pewarna hijau
1/2 cawan kelapa parut
digaul dengan 1/2 sudu teh garam
1/2 keping gula
melaka/kabung (dipotong kecil-kecil)

Caranya

1.  Di
dalam besen saiz sederhana, gaulkan tepung pulut, tepung gandum, air daun
pandan dan air warna sehingga mesra sebati dan tak melekat dijari.

2.  Sediakan periuk berisi
air, untuk proses masak buah melaka.

3.  
Sementara
menunggu air mula mendidih, canaikan adunan sebesar duit 20 sen dan masukkan
gula melaka yang dipotong kecil, siapkan dalam 4-5 biji.

4.  Air dah pun mendidih dan
masukkan buah melaka, kalau dah masak ia akan timbul.

5.  
Setelah
itu angkat dan toskan.

6. Pindahkan
kedalam dulang berisi kelapa parut untuk dioleskan.

7.  
Okay,
dah siap, maka bolehlah dihidangkan untuk minum petang atau bila2 rasa teringin
nak makan buah melaka. Selamat mencuba

ep2p-5small