My Kuali: Bendi goreng telor

 sayur bendi yang kak rose masak sebelum g bercuti ari tu…. nak kena kosongkan fridge sebelum nak tinggalkan rumah… so kenalah masak apa yang ada…lauk sempoi yang sedap. mudah dimasak dan sedap dimakan….ratah jer pun boleh. resepi copy dari dapur cmg…

BAHAN-BAHANNYA :-)
15 biji bendi saiz kontot, cuci dan toskan (tak la kontot saiznya!, potong dua)
2 biji telur, dipukul sedikit
1 camca teh sos tiram
Garam secukup rasa
Sedikit air, jika perlu (anggaran 1 – 2 camca besar)
Sedikit hirisan cili merah, untuk hiasan

BAHAN-BAHAN TUMBUK LUMAT :-)
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 camca besar ikan bilis, dibersihkan dan rendam sekejap, toskan
(kak rose guna udang kering, blend kering)
1 biji cili merah

1 biji cili hijau

 CARA MEMBUATNYA :-)Hiris serong bendi, kemudian ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 2 – 3 camca besar). Tumis bahan2
tumbuk halus hingga harum, guna api kecil dan kacau selalu. Masukkan sos
tiram dan kacau rata (boleh tambah sedikit air jika perlu).
Masukkan bendi yang telah dihiris,
tambah garam secukup rasa dan masak hingga benda lembut. Tuang telur
disekeliling bendi tadi. Biar sekejap hingga kelihatan pekat dan gaul
rata2 bersama bendi. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api.
Tabur hirisan cili merah sebelum dihidangkan panas bersama nasi…Senang
sangat..

ep2p-2