My Kuali: Asam pedas sadin

 pertama kali masak sadin ber gst! sadin yang dah sedia mahal, bertambah naik harga lagi dengan adanya gst… tapi nak makan kena la bli jugak kan, tak terdaya nak ikut nasihat mentri cgpa 3.85 tu….. hisshhhhh!!!! apa pun meh la makan nasik panas2 ni dengan sadin asam pedas ni… kalau ingat pasal gst, memang boleh poning palo memanjang!

resepi ikut CMG punya masak,…mekasih Mat, kak rose tepek kat sini ya..

BAHAN-BAHANNYA :-)

1 tin besar sardine pilihan anda (che mat guna sardine cap AYAM)

1/2 biji kecil nenas madu, dibersihkan dan hiris nipis (kak rose gantikan dengan tomatoes)

1 kuntum bunga kantan, belah 2 (ilek, tak dak…)

2 helai daun limau purut (boleh ganti dengan daun kesom)

1/2 camca besar pes asam jawa

1 senduk nasi penuh cili kisar

1/2 kiub pati ikan bilis (optional)

1/2 camca teh lada hitam, tumbuk halus

Garam dan gula secukup rasa

Air scukupnya

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)

5 biji bawang merah

2 ulas bawang putih

1/2 inci kunyit hidup

1 inci halia

2 keping hirisan lengkuas

Secubit belacan (gantikan dengan pati ikan bilis)

CARA MEMBUATNYA :-)

Asingkan
ikan sardine dan sosnya. Panaskan minyak dalam periuk (anggaran 1/3
cawan). Tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan
masak hingga cili garing. Tambah sos ikan sardine, kacau rata dan masak
hingga naik minyak. Guna api kecil dan kacau selalu.
Tambah
pes asam jawa, kacau rata dan masukkan nenas. Gaul rata dan masak
sekejap. Tuang air secukupnya (anggaran 1 liter), kacau dan biar
mendidih. Masukkan bunga kantan, daun limau purut (atau daun kesom) dan
kiub ikan bilis. 
Perlahan2, masuk ikan sardine. Tambah
serbuk lada hitam, perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula.
Kacau perlahan dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain..

ep2p-5small