Mencari Makan lunch ‘Aku Termakan Babi Di Food Court Semua House!’ – Media Suara SeMaSa (SMS)

 Pork

Okay, cerita dia macam ni.

Hari ini aku ada training kat sini, Semua House. So pergi makan kat Foodcourt bawah.

Banyak sangat kedai nasi campur, ada nasi ayam. So aku pilih je mana kedai yang senang nak ambil sebab semuanya sama.

Waktu ceduk lauk, aku nampak telur hancur, potato goreng, ayam kicap, tauchu, Chinese Cuisine kan.

So time ceduk lauk, aku perasan yang masa tu macam ayam. Seorang ah moi ni aku tanya dia, dia cakap tak tahu. Seorang lelaki Cina tengah ambil lauk, aku tanya ‘Ayam ke?’. Dia pun cakap tak tahu. So aku tak ambil.

Yang aku ambil hanya ‘telur goreng hancur’, potato, bake beans dan taucu fucuk.

Tengah-tengah makan, aku dah rasa lain macam. Tapi tak nak fikir apa-apa. Sampailah bila dah nak habis makan, aku ternampak kedai sebelah semua ada tulis ‘Pork Noodle, Non Halal’.

Cepat-cepat aku pergi kedai tu, ‘NON HALAL’ !!!

Aku tanya tauke dia, ‘do you serve pork here?’. Dia jawab, ‘Yes, all mixed with pork. Are you muslim? I’m sorry, this is non halal store,’.

Terus dunia aku jadi gelap sekejap.

_____________________________________________________

Demikianlah luahan seorang lelaki yang termakan daging babi.

Kami percaya, beliau termakan lauk daging babi cincang yang nampak seperti scramble egg. Tetapi daging babi ini berwarna coklat pudar seperti gambar di atas.

So kalau ternampak hidangan lauk seperti ini, elakkan ye.

11 total views, 11 views today

ep2p-2