Bahana mabuk, seorang individu bertindak membakar dirinya sendiri sehingga rentung di sebuah stesen minyak.

Menurut laporan akaun Daily Traffic Report di laman sosial Facebook, kejadian itu berlaku di stesen minyak Petron Bandar Baru Klang Aeon (Jaya Jusco) Bukit Raja, Klang, Selangor.

Insiden bermula ketika seorang pemilik kenderaan Proton Saga yang sedang mengisi minyak, meninggalkan keretanya itu untuk ke tandas.

17612_818036078245610_8298368083822368516_n (1)11156414_818036194912265_8328228353265287329_n1380021_818036174912267_7205433906799585163_n

Menurut sumber sama, ketika kejadian, ahli keluarganya berada di dalam kereta tersebut.

Tak lama selepas itu, muncul seorang individu lalu mencabut nozel di kereta sebelum mencurahkan minyak yang masih mengalir ke tubuh sendiri.

Dia kemudiannya dilihat menyalakan api sebelum ia menyambar dan membakar dirinya sehingga hangus.

Kejadian tersebut mungkin sesuatu yang tak mampu dijangka, namun ia turut memberi peringatan kepada pemilik kereta supaya tidak meninggalkan kenderaan tanpa pengawasan ketika sedang mengisi minyak.

Cuba bayangkan kalau individu itu turut mencurahkan minyak ke kereta dan membakarnya?

– MYNEWSHUB.CC