Kerana Sayang, Cody Walker Sanggup Jadi Bidan Terjun

Walaupun filem pilihan ramai, Fast & Furious terpaksa akur akan kehilangan bintang terkenal Paul Walker sebagai pelakon utama, filem tersebut terpaksa juga diteruskan “‘Fast And Furious’ Akan Diteruskan Tanpa Paul Walker“.

Dalam pada itu, Cody Walker iaitu adik kepada Paul Walker sanggup menggantikan tempat abangnya atau menjadi bidan terjun di dalam Fast & Furious 7 memandangkan rasa sayangnya dan mirip wajah mereka berdua saling tidak tumpah.

Artikel berkaitan:- Kecuaian Teman Sendiri Punca Kematian Paul Walker

#Fast&Furious7: Kerana Sayang, Cody Walker Sanggup Jadi Bidan Terjun

Mendiang Paul Walker bersama adik-beradik

Rasa sayang yang mendalam terhadap pelakon hebat itu, Cody Walker yang tiada pengalaman berlakon akhirnya menerima tawaran daripada pengarah James Wan sekaligus mencabar dirinya dalam beraksi sebagai Paul Walker.

Advertisement

“Siri Fast & Furious adalah filem cukup bermakna buat Paul. Saya sendiri amat menggemari file mini, sebab itulah saya merasakan saya harus mencuba melaksanakannya.

“Tambah-tambah lagi bila saya tahu saya menggantikan tempat mendiang dan sepanjang penggambaran saya tidak berasa sunyi kerana tahu sentiasa ada bersama saya untuk memberikan semangat.

“Kalau abang tahu saya berjaya melaksanakannya dengan baik, pasti dia bangga dan bertepuk tangan,” kata Cody.

Filem Fast & Furious 7 berjaya membuatkan Cody Walker dikenali ramai dan rata-rata memuji lakonannya yang setanding abang kandungnya.

#Fast&Furious7: Kerana Sayang, Cody Walker Sanggup Jadi Bidan Terjun

Filem hebat, Fast & Furious 7 yang ditayangkan awal April lalu

44 total views, 44 views today

ep2p-5small