Keputusan Perlawanan Bola Sepak Harimau Malaya 2015

Pasukan Harimau Malaya di bawah bimbingan Ketua Jurulatih, Dollah Salleh pastinya ingin menjadikan tahun 2015 sebagai medan kebangkitan pasukan negara apatah lagi pada masa kini bola sepak negara mengalami kemerosotan dari prestasi serta kedudukan ranking semasa FIFA pasukan Malaysia yang menjunam. Pasukan Harimau Malaya mempunyai misi berat bagi tahun 2015 apabila bakal beraksi dalam Pusingan Kelayakan FIFA Piala Dunia 2018 Russia bagi Zon AFC yang berlangsung serentak dengan Pusingan Kelayakan AFC Piala Asia 2019 akan datang.
Pasukan negara dijangka menghadapi laluan berliku dalam pusingan kelayakan tersebut. Namun begitu, Bual Sukan percaya, barisan anak-anak buah Dollah Salleh yang terpilih mewakili negara akan mempamerkan permainan terbaik serta mampu melakar kejayaan yang diharapkan. Episod kegagalan demi kegagalan perlu dihapuskan oleh pasukan Harimau Malaya. Perancangan mengadakan lebih banyak perlawanan-perlawanan kompetitif juga perlu dirangka bagi memastikan pasukan negara teruji dan sentiasa bersedia menghadapi lawan yang bakal disaingi. Selain itu juga, Dollah Salleh perlu memastikan agar pemain-pemain yang dipilih kelak mampu membawa cabaran terbaik buat pasukan Harimau Malaya. 

Berikut adalah Keputusan Perlawanan Pasukan Harimau Malaya bagi tahun 2015 yang mana ianya akan dikemaskini dari semasa ke semasa : 

26 Mac 2015 : tewas kepada Oman (0-6)

* Kemaskini pada 11 April 2015.

ep2p-2