Kecuaian Teman Sendiri Punca Kematian Paul Walker

Isteri kepada teman Paul Walker yang turut sama terlibat dalam kemalangan yang meragut nyawa, Kristine Rodas dikhabarkan menuntut ganti rugi daripada syarikat pengeluar kereta Porsche akibat kecuaian pengeluar tersebut tahun lalu.

Isteri kepada Roger Rodas itu juga menyalahkan pihak Porsche kerana memiliki ciri-ciri keselamatan yang lemah sehinggakan menyebabkan kereta terebut meletup dan terbakar dengan cepat tanpa sempat keluar menyelamatkan diri. Bukan itu sahaja malah dia mendakwa pihak Porsche tidak mengendahkan laporan yang dibuat.

Bagaimanapun, awal minggu lalu dakwaan tersebut telah dijawab oleh pihak Porsche malah menafikan tuntutan yang dilakukan oleh Kristine Rodas. Jelas wakil pengeluar tersebut, kematian mereka bukan lagi di bawah tanggungjawab pihak Porsche malah ianya merupakan tanggungjawab pemandu itu sendiri.

Artikel menarik:- ‘Fast And Furious’ Akan Diteruskan Tanpa Paul Walker

Advertisement

Kecuaian Teman Sendiri Punca Kematian Paul Walker

Keadaan kereta Paul Walker yang teruk mengakibatkan dirinya dan teman, Roger Rodas mati ditempat kejadian

Mangsa difahamkan sudah sedia maklum akan risiko yang ditanggung bagi pemilik kereta Porsche Carrrera GT, setanding kereta lumba itu. Segala tuduhan dan tuntutan yang dibuat oleh Kristine Rodas diminta ditarik balik.

2,250 total views, 2,250 views today

ep2p-5small