Kapsyen Fynn Jamal Yang Menyentuh Hati

Fynn Jamal yang terkenal dengan lagu ‘Arjuna Beta’ baru-baru ini dengar cerita dikomen oleh Damian VE yang menyatakan dirinya memang tidak memiliki bakat menyanyi dan meminta Fynn untuk berhenti daripada menyanyi.

Walaubagaimanapun Fynn tidak tampil dengan sebarang jawapan mahupun respon berkaitan dengan isu tersebut malah apa yang menyedihkan kami apabila membaca status yang ditulis di gambar anaknya. Tapi tak tahulah kalau korang baca, apa pula rasanya kan ihiks.

Artikel menarik:- Fynn Jamal Sanggup Ketepikan Seni Demi Pejuang Hak Anak-anak Tidak Berdosa

Khabarnya Fynn Jamal bakal menunaikan umrah bersama keluarganya.

Kapsyen Fynn Jamal Yang Menyentuh Hati

“minta halal semua salah dan silap. andai ada hutang piutang yang tidak kami sedar, lekas2lah diingatkan kepada kami. insyaAllah dalam beberapa jam ini, sempat lagi kami langsaikan.

segala salah silap ke atas kami, telah kami lepaskan. kalau2 ada di bahagian kami yang masih belum sudi dimaafkan, di bila2 masa satu hari nanti, redhakanlah agar semua kita aman bila dicabut nyawa nanti.

cita2 dunia saya adalah disolatjenazahkan di kaabah. kalaulah diizinkan yang kuasa, ketahuilah saya cukup bahagia dengan kesempatan nyawa yang dibagi, dan betapa saya berterimakasih kepada setiap kalian– yang buruk dan yang baik– kerana tidak mungkin ada satu2 kejadian itu terjadi tanpa izin ar-rahmaan.

Advertisement

dan pastinya setiap itu diizinkan untuk saya mengambil hikmah darinya.
tidak ada sebal dalam hati.
tidak ada dendam, apa lagi benci.

saya manusia biasa, penuh cela, penuh dosa. apa2 dari saya, tapislah ambil yang elok dan tangguklah buang yang buruk.

semoga kita semua di dalam kasih sayang ilahi.

selamat berjumpa lagi andai ada izin yang maha kaya.

sehari seinci.
pelan2 pada rabbul ‘izzati.
harap2 tidaklah berbolak-balik hati ini bila mana sudah kembali nanti2.

andai sudi dibacakan doa ini untuk perjalanan kami, InsyaAllah, besarlah hati kami menerimanya. syukran jaziilan.

istaudi’ukallahu diinaka
wa amaanataka
wa khawaatiima ‘amalika.

zawwadakallaah hut-taqwa
wa ghafarallaahu zambaka
wa yassara lakal khaira
haithumaa kunta.

aku serahkan kalian kepada allah semoga dipelihara agamamu
dan diperjaga amanahmu
–ahli keluarga dan harta benda.
dan juga tercapai kesudahan yang baik bagi amalan2mu.

semoga allah membekalkan kamu taqwa
dan mengampunkan dosa2mu
memudahkan untukmu kebaikan di mana saja kamu berada.”

Kapsyen Fynn Jamal Yang Menyentuh Hati

Fynn Jamal bersama anak dan suami

Semoga Fynn Jamal dan keluarga dipermudahkan urusan menunaikan ibadah Umrah serta diberi perlindungan dari Maha Yang Esa, amin.

887 total views, 887 views today

ep2p-2