HERO – Papan Kekunci Berbentuk Bulat Untuk iPhone

Hero-jeyboardTerdapat dua reka letak papan kekunci yang digunakan secara meluas di dunia. Papan kekunci QWERTY dan DVORAK. Kedua-dua papan kekunci direka bagi memudahkan proses menaip pada mesin menaip mekanikal. Tahukah anda papan kekunci QWERTY disusun sedemikian rupa bagi memastikan sistem mekanikal pada mesin taip tidak bersilang apabila digunakan? Sungguhpun mesin taip mekanikal sudah hampir pupus sekarang, rekaan papan kekunci tradisional masih dikekalkan pada peranti pintar yang tidak mempunyai masalah mekanisme bersilang ketika digunakan.

Bagi Corey Stone, seorang pereka UX profesional rekaan papan kekunci untuk skrin sesentuh yang digunakan sekarang adalah tidak mesra pengguna. Reka letak papan kekunci tradisional terlalu kecil untuk telefon pintar dan sudah ketinggalan zaman. Hero ialah aplikasi papan kekunci rekaan beliau yang direka untuk lebih mesra pengguna. Papan kekunci berbentuk bulat ini direka khas untuk digunakan dengan hanya satu jari. Kekunci space bar diletakkan di tengah-tengah dan menjadi space button. Huruf-huruf paling kerap digunakan diletakkan pada bulatan kedua. Huruf-huruf yang kurang digunakan diletakkan di luar bulatan utama. Papan kekunci ini boleh dimuat turun oleh pengguna IOS dan dijual pada harga $0.99.

Reka letak papan kekunci ini memang radikal dan memaksa anda belajar semula menaip. Ia kelihatan seperti butang bulat yang digunakan pada iPod versi awal.



ep2p-5small