Dynas Mokhtar Sudah Berpunya

Setelah lama menyepi dari dunia hiburan, Dynas Mokhtar Sah Dirinya Sudah Bercerai dengan bekas suami. Walaupun Dynas tidak mengeluarkan kenyataan kenapa dirinya berpisah dengan suami, namun menurut sumber Masalah Kewangan Punca Dynas Mokhtar Bercerai Dengan Suami.

Walaupun Dynas dilihat seorang yang tabah mengharungi perpisahan ini namun disebalik semua itu, dia bukan seorang yang tabah. Buktinya Dynas Mokhtar Jumpa Pakar Psikiatri kerana mengalami kemurungan akibat masalah rumah tangga yang dihadapinya.

Terbaru gosip cinta mengaitkan Dynas Mokhtar dengan seorang jejaka muda dan Dynas telah tampil Menjelaskan Hubungan Dengan Jejaka Muda

Menerusi Sinar Harian, Dynas Mokhtar tidak berselindung bahawa hatinya kini telah dimiliki. Dynas mengakui lelaki yang dilihat kerap bersamanya sejak akhir-akhir ini, merupakan teman baharunya.

Advertisement

“Kalau ikutkan dia kawan lama saya dan kami sudah kenal sejak zaman sekolah lagi. Apa yang boleh saya katakan, dia lelaki yang rapat dengan saya sekarang.

“Bagaimanapun buat masa ini, saya belum bersedia untuk berbicara lanjut mengenai hala tuju hubungan kami, apatah lagi, saya belum bertemu dengan ahli keluarga yang lain kecuali ibunya.

“Jadi masih awal untuk saya berbicara mengenai perancangan untuk berkahwin sekali lagi,” katanya ketika ditemui Zass.

Walaupun dynas Mokhtar sudah bercerai dengan suaminya, itu bukan alasan untuk bermusuh dengan bekas suami malah mempunyai hubungan yang baik dengan bekas suaminya itu. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Khayra Khalysa, 5, dan Mohamed Haqaish, 3.

“Anak-anak saya pun ok. Saya jenis suka manjakan anak-anak berbanding bekas suami, dia seorang yang tegas. Tapi saya bertuah kerana saya dan bekas suami mempunyai hubungan yang baik dan dia juga banyak membantu saya menjaga anak-anak,” katanya.

Penulis doakan semoga Dynas cepat-cepat menemui pengganti untuk bekas suaminya. Ingat, kegagalan rumahtangga lalu tidak bermakna akan gagal selama-lamanya.

1,760 total views, 1,760 views today

ep2p-5small