harimau malaya kalahRanking 164 dunia telah menyebabkan skuad negara ditempatkan dalam balang kelima bersama-sama pasukan lemah lain antaranya Hong Kong, Bangladesh, Yaman, Guam, Laos, Kemboja dan Taiwan untuk undian pusingan kedua kelayakan Piala Asia 2019 pada Jun.

Situasi tersebut berlaku apabila Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) menggunakan ranking dunia FIFA bagi menentukan balang.

Walaubagaimanapun pengendali Harimau Malaya Dollah Salleh kekal tenang dan beranggapan ianya tidak membawa sebarang perbezaan.

“Bagi saya setiap kumpulan mempunyai pasukan yang kuat seperti Korea Selatan dan kita pasti akan berdepan pasukan yang kuat jadi pada saya berada dalam kumpulan mana bukan suatu yang perlu dirisaukan, yang penting persiapan pasukan,” katanya.

Malaysia jatuh 11 anak tangga dari ranking ke 153 sebelum ini dan Dollah menggangap ianya gara-gara kegagalan untuk mendapatkan perlawanan dengan negara lain.

“Kita baru dapat satu perlawanan antarabangsa tahun ini berdepan Oman, tambahan pulan pemain terbabut dengan cabaran di Liga Super, Liga Premier dan pasukan Bawah 22 serta Bawah 23 negara,” ulasnya lagi.