Buat sendiri tak kena gst!

 lama dah rasanya tak buat chicken chop ni…. buat from stratch, semuanya home made… bread crumb pun buat sendiri jugak. nak jimat la katakan dan kebetulan ade pulak sedikit kerajinan… tp yang sebenonya memang nak makan tapi tak nak keluar belanja n keluar rumah! so buat sendiri je la jawapnya…. tak dapatlah depa nak megenakan gst pada chicken chop kak rose nih…

 black pepper sauce pun buat sendiri jugak… resepi dari kak fida, dulu dah pernah cuba guna resepi ni dan memang kena dengan selera kami anak beranak… kak rose kongsikan kat sini ya resepinya..

Bahan-bahan

3 sb mentega*
4 sb tepung gandum*
300 ml air panas
300 ml susu segar
1 keping kiub lembu/kiub ayam
1 sb kicap pekat
1 sk cuka
1 sb serbuk lada hitam (lebih sedap kalau yg ditumbuk sendiri)

Cara-cara

Cairkan mentega di
dalam kuali atau periuk atas api yg kecil dan masukkan tepung.Masak
hingga berbuih.

Masukkan kesemua bahan2 yang lain ke
dalam campuran tepung dan gaul hingga rata dan masak hingga pekat.Jika
terlalu pekat boleh ditambah sedikit air atau susu cair lagi.

Apabila siap, bolehlah disajikan dgn steak,chop atau burger
pilihan.

 puas hati bila buat sendiri… boleh makan lunch n dinner sekali… gandingan simple fries n coleslaw bersama chicken chop dan black pepper sauce.  yang penting tak de gst!

ep2p-5small