Ayam goreng kunnyit daun kari

 lauk simple yang sedap… dan yang penting cepat jer nak sediakan dan cepat jugak dapat makan… meratah gitu jer pun ok gak…. untuk yang nak diet dan kurangkan pengambilan nasi, apa kata buat ayam cam ni… tak de nasi pun tak pe kan… resepi ni kak rose cnp dari blog CMG yang memang jadi rujukan masak2 dari dulu lagi…. mekasih ya Mat. kak rose kongsikan kat sini kalau ada yang nak mencuba resepi ni…

BAHAN-BAHANNYA :-

1/2 ekor ayam, potong pada saiz sederhana (kak rose guna 2 keping dada)

1 camca besar serbuk kunyit (mat guna serbuk kunyit ADABI)

Garam secukup rasa

1 ulas bawang putih tumbuk halus

1 biji bawang besar, hiris bulat dan leraikan

1 tangkai daun kari, dilurut

1 biji cili merah, hiris

1 biji cili hijau, hiris (x de kak rose ganti ngan cili api)

1 ulas bawang putih, hiris halus

1 batang serai, dititik

CARA MEMBUATNYA :-

Ayam
dibersihkan, buang kulitnya, cucuk dengan garfu. Kemudian gaul dengan
serbuk kunyit, bawang putih tumbuk halus dan garam secukup rasa
(anggaran 1 camca teh). Perap dalam peti sejuk 1 jam (atau nak cepat
tak payah perap, kalau perap lagi sedap).
Panaskan
minyak untuk goreng terendam, goreng ayam tadi, guna api sederhana,
tutup kuali dan biar ayam masak perlahan, jangan goreng garing sangat,
biar dia lembap2. Angkat dan toskan.
Dalam
kuali yang sama, tinggalkan sedikit minyak, tumis daun kari, bawang
putih dan serai titik hingga harum, masukkan bawang besar, hirisan cili
merah dan hijau. Goreng hingga layu. Masukkan ayam tadi, gaul rata dan
matikan api. Boleh hidangkan..

ep2p-2