Anak Kahwin Lari, Bapak Bercinta Lagi

SAM_1506

” );
(function() {
var nn = document.createElement(‘script’); nn.type = ‘text/javascript’;
nn.src = ‘http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js’;
var s = document.getElementsByTagName(‘script’)[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling);
})();

 

“BENAR kata nenek saya, membesarkan anak zaman sekarang bukan mudah, terutama apabila mereka terdedah dengan budaya asing dan lebih bahaya jika mereka lebih yakin nasihat kawan daripada mendengar nasihat ibu bapa sendiri,’’ itu cerita Nursalimah dalam sms dan ketika kami berbual panjang baru-baru ini.

“Saya tak bercerita tentang anak orang lain, tetapi anak saya sendiri. Kerana masalahnya memang merumitkan dari mula dia bersekolah menengah hinggalah kini setelah dia berkahwin dan mempunyai dua orang anak.

“Untuk memudahkan biarlah saya bercerita lebih awal. Saya berkahwin ketika berusia 22 tahun, suami saya cuma setahun tua daripada saya. Oleh kerana kami berdua orang kampung, masalah kahwin cepat memang dialu-alukan oleh keluarga supaya tak banyak masalah bila berkawan terlalu lama. Itu kata emak saya.

“Waktu itu hantaran saya cuma RM2,500 saja, tak macam orang sekarang. Waktu itu saya sudahpun bekerja jadi kerani, begitu juga suami saya. Hidup kami memang rukun damai hingga melahirkan 3 orang anak. Tetapi bila pindah ke bandar cabarannya agak berbeza. Terutama kepada anak-anak kami ketika itu sedang membesar.

“Semakin membesar makin banyak kerenah, kawan mula ramai dan percampuran makin luas. Dari situlah perubahan anak perempuan sulung saya Nora mula ketara, dia suka tengok wayang dengan kawan ketika dalam tingkatan empat.  

“Habis tingkatan 5 Nora tak mahu sambung belajar, dia hendak kerja walaupun ditawarkan ke politiknik, tetapi dia tolak, alasannya dia tak mahu berpisah dengan kawan-kawannya. Nasihat saya kalau belajar bukan bermakna putus hubungan dengan kawan, bila cuti sekolah boleh jumpa  semula. Tetapi semua nasihat saya ditolak.

“Mula-mula dia kerja kilang ikut kawan. Nasib kilang itu tak ada shift malam, cuma waktu siang sahaja, kalau tidak memang kami jarang dapat bertemu. Dia balik kerja terus tidur. Waktu saya masuk tidur dia baru bangun cari makan.

“Lepas itu dia berhenti kerja kerana dapat kerja jadi kerani di sebuah syarikat swasta. Di sinilah dia jumpa Is dan terus rapat. Pergi dan balik kerja Is yang jemput dan hantar balik. Ada ketika dia naik motor ada masa naik kereta. Saya tak tahulah sama ada kereta Is atau keluarganya. Masalahnya bila cukup bulan waktu dapat gaji jam 12 malam baru pulang. Saya nasihatkan Nora tentang keselamatannya takut benda tak baik berlaku.

“Satu hari dia beritahu saya dia nak kahwin dengan Is. Terkejut beruk saya. Waktu itu umurnya baru 20 tahun, sementara Is baru 22 tahun, waktu itu saya belum pun 45 tahun.  Saya tanya Nora apa kerja Is, katanya kerani juga, tetapi tak sama tempat. Nasihat saya jangan kahwin awal, kalau boleh belajar dulu. Tapi Nora kata kalau saya kahwin awal dan selamat hingga hari ini, apasal dia tak boleh? Terkejut saya dia boleh tanya dan tempelak saya semula. Saya katakan zaman dulu lain sekarang lain, cabaran banyak.

“Oleh kerana dia berkeras nak kahwin juga saya ceritakan pada suami tentang hasrat Nora, dia tak setuju. Dia suruh saya nasihatkan Nora. Bukan senang nak berkahwin, dah ada duit simpanan? Lelaki tu dah siapkan duit hantara. Apa kerja dia?

“Di pendekkan cerita Nora terus berkeras nak kahwin, akhirnya saya berbincang dengan emak, kata emak kalau dia dah hendak jangan tangguh, takut benda-benda tak baik berlaku. Kahwinkan saja. Sementara suami terus membantah. Tetapi dia sendiri tak mahu nasihatkan Nora, dia cuma bantah dan marahkan saya kerana tak pandai ajar anak.

“Oleh kerana saya banyak soal Nora kenapa nak kahwin cepat dan ceritakan ayahnya juga tak setuju kalau dia kahwin, maka Nora bertindak lari ke rumah Is. Puas saya ajak suami pujuk Nora balik, tetapi dia tak pedulikan. Akhirnya keran tak mahu benda buruk berlaku, saya, emak dan adik lelaki saya pergi ke rumah emak Is yang saya cari melalui kawan Nora.

“Alangkah terkejutnya, bila saya lihat kehidupan keluarga Is. Bukan mengumpat, mereka memang susah. Emak Is beritahu dia dah nasihatkan Nora supaya balik, tetapi dia berdegil. Supaya tak panjang cerita emak saya suruh keluarga Is masuk meminang.

“Malangnya emak Is beritahu, Is tak ada kerja tetap. Dia sendiri tak ada duit untuk meminang apa lagi nak bagi duit hantaran. Kata emak Is dia terima Nora jadi menantunya, kalau saya sudi terima Is dan buatlah apa yang patut untuk nikahkah mereka, kerana dia memang tak mampu untuk meminang dan buat majlis kahwin.

“Nak pengsan saya. Kerana saya sendiri bukan ada duit, duit gaji saya banyak suami yang pegang dan saya banyak bergantung pada suami, tetapi emak dan adik beradik minta supaya buat kenduri kahwin di kampung tak banyak belanja. Balik rumah bila saya ceritakan pada suami, dia mengamuk sakan. Tetapi saya terpaksa pekakkan telinga sebab saya tak mahu perkara buruk berlaku. Saya takut mereka terlanjur

“Hari yang ditetapkan majlis kahwin dijalankan di kampung. Suami hadir sekejap lepas tu hilang dan dia memang tak keluar duit buat majlis kenduri kahwin. Katanya dia tak suka Nora kahwin cepat, oleh kerana saya dan keluarga suka mereka kahwin, saya tangguanglah sendiri. Sakitnya hati malunya muka saya pada adik beradik hanya Allah sahaja yang tahu.

“Kerana perkahwinan tidak disukai oleh ayahnya, Nora tinggal dia rumah mertuanya. Sedang gelora di hati saya belum reda, tetiba saya dapat cerita bahawa suami saya sedang dilamun cinta, sudah ada kekasih dan mereka merancang nak kahwin. Tukang sampaikan cerita biras adik perempuan saya sendiri kerana sepupu biras saya itu kenal suami saya, kebetulan dia datang semasa kenduri kahwin Nora tempoh hari. Patutlah suami saya cepat balik, alasannya benci tengok Is dan dia tak terima Is sebagai menantunya. Sedangkan dia ada hal lain.

“Empat hari lamanya saya menangis mengenangkan nasib sebelum saya bertanya pada suami benarkah cerita dia ada kekasih. Mula-mula memang dia nafikan. Tetapi selepas setahun dia  beritahu  nak kahwin lagi. Ketika kami `berperang’ pasal isu suami nak kahwin lagi, tetiba Nora bergaduh dengan Is.

“Nora lari bawa kain baju ke rumah saya bersama anak yang baru berusia 5 bulan. Allah! Nak pecah kepala saya memikirkan masalah kami sekeluarga. Isu dengan suami belum selesai, anak pulak buat hal. Saya buntu tak tahu apa harus saya lakukan. Nak nasihatkan anak sedangkan diri sendiri dan rumah tangga saya pun tak betul.

“Nora beritahu dia tak boleh sabar dengan Is yang tak bekerja. Dia tak mampu nak tanggung Is dan bantu keluarganya.  Emak Is sendiri bekerja jadi tukang masak untuk menampung keluarga kerana Is ada 2 orang adik yang masih bersekolah.

“Oleh kerana anak dan cucu juga penting dalam hidup saya dan memikirkan mereka masih muda lagi, saya hantarkan cucu ke rumah kawan yang sanggup mengasuh anak Nora dan Nora boleh terus bekeruja. Selesai masalah Nora, saya terpaksa berdepan dengan masalah suami. Saya minta kepastian. Suami mengaku dia hendak kahwin, dan saya terpaksa buat keputusan minta supaya dilepaskan. Saya tak boleh hadapi terlalu banyak masalah dalam satu masa.

“Balik pada kes Nora, lepas 3 bulan Is jemput dia balik rumah dan minta berdamai. Saya fikirkan tentulah Is sudah insaf, tetapi malangnya dia cuma baik beberapa bulan sahaja, ketika Nora mengandung 3 bulan Is buat hal lagi dan mereka bergaduh. Sekali lagi Nora lari balik ke rumah saya. Takkan saya nak halaukan anak cucu saya.

“Kerana Nora anak beranak duduk di rumah kami, sementara suami hendak kahwin, maka saya  diceraikan, ketika itu Nora dalam pantang anak kedua. Hanya Allah yang tahu perasaan hati saya waktu itu. Kalau ikutkan hati mahu saya lari terjun laut. Tetapi apakan daya saya tak boleh lepaskan tanggungjawab kerana mengikut kehendak hati. Kerana saya ada dua orang anak lagi yang memerlukan saya. Dan saya bukan seperti ayah mereka yang boleh abaikan anak-anak semata-mata kerana nafsu dan mengejar cinta.

“Benar kata orang tua-tua bukan mudah tugas ibu membesarkan dan mendidik anak-anak, malah lebih berat menjaga hati suami, jika tersilap langkah anda bakal diceraikan atau dimadukan, kerana kuasa talak berada di tangan mereka. Jika pelanggan kedai kopi boleh tinggalkan kopinya jika tak sedap, begitulah juga taraf seorang isteri mereka boleh dibuang dan ditinggalkan apabila suami sudah bertukar selera.

“Jadi nasihat saya kehususnya kaum wanita rasepi menjaga hati suami adalah dengan menjaga hati dan diri kita sendiri. Wanita  tak boleh membahagiakan hati orang lain, kecuali bahagiakan diri sendiri dahulu.’’ Itu cerita Nursalimah tentang nasibnya.    

 

 

ep2p-5small