Abby Abadi Lupakan Niat Dedah Kisah Kahwin Dengan Norman Hakim Bukan Kerana Cinta

Advertisement

Baru-baru ini pelakon Abby Abadi telah mencetuskan kontroversi berhubung kisah ‘Abby Abadi Kahwin Dengan Norman Hakim Bukan Sebab Cinta?‘. Rata-rata ramai ingin ketahui kisah sebenar disebalik kisah perkahwinan mereka sebelum ini yang dikatakan kahwin bukan kerana cinta. Walaupun Abby Abadi dan Norman Hakim telah pun bercerai dan sehingga kini masih mempunyai hubungan baik antara mereka. Hubungan mesra mereka jelas terlihat menerusi artikel ‘Gambar Menarik Sekitar Majlis Hari Lahir Anak Memey Suhaiza‘.

Sehingga kini Abby Abadi masih tidak menjelaskan secara terperinci dan akan berkongsi bukti berbentuk gambar jika Norman memberi keizinan. Tulisan Abby Abadi di laman soaial instagram bagaimanapun mengundang pelbagai reaksi di kalangan pengikutnya baik negatif mahupun positif.

Melihat kepada komen dan kritikan daripada orang ramai, Abby Abadi memutuskan untuk tidak akan meneruskan niatnya untuk bercerita mengenai perkara itu lagi.

abby abadi2

“Tak apalah, saya malas nak layan sebab kalau jawab nanti, orang akan panjangkan perkara ini. Lagipun, ramai sangat juri awam kat Malaysia ini.

“Saya memutuskan untuk tidak lagi melanjutkan perkara ini. Tak ada apa yang serius dan kalau cerita pun, ia tidak berbaloi. Jadi, lupakanlah saja.

“Bagi saya, ia bukanlah satu perkara yang penting untuk dikongsikan bersama,”

abby abadi3

Fuh! putus harapan peminat untuk ketahui kisah sebenar di sebalik perkahwinannya sebelum ini bersama Norman Hakim. Apa yang penting Norman Hakim kini bahagia bersama isteri tercinta lebih-lebih lagi dengan kehadiran orang baru dalam hidupnya (5 Foto Comel Anak Memey Suhaiza Dan Norman Hakim Dari Camora Arts).

Apa pun semoga ikatan persaudaraan sesama islam antara mereka berkekalan hingga akhir hayat dan jangan pula ada bermasam muka nanti dek gosip tersebut muncul dengan tiba-tiba.

309 total views, 309 views today

Advertisement

ep2p-2