Zulin Aziz Jaga Batas Selepas Bertudung

“TAHNIAH! Zulin Aziz Kini Berhijab Sepenuhnya” namun berhijab tidak menjadi halangan besar buat pelakon dan pengacara, Zulin Aziz untuk tetap tampil dengan karakter ‘gila-gilanya’.

Sebagai seorang yang bertudung, Zulin Aziz menjaga batas dan setiap watak atau karakter yang dilakonkan haruslah bersesuaian dengan imej yang dibawanya kini.

“Zulin tetap Zulin. Gila tetap gila.

“Bagi saya, watak sedemikian tak salah untuk dibawa apatah lagi ramai mengenali saya dengan karakter seperti itu,” katanya.

Kata pelakon berusia 25 tahun itu, sejak berhijrah lebih seminggu lalu, hanya satu tawaran berlakon terpaksa ditolak kerana tidak bersesuaian dengan imejnya itu.

“Sebagai makluman, sebelum bertudung lagi saya sudah berurusan dalam menerima beberapa tawaran lakonan.

“Tetapi, setelah berhijab, mana saya rasa tidak sesuai, saya akan menolaknya (tawaran). Alhamdulillah, mereka faham,” katanya.

Tambah Zulin, dia juga berharap peminat faham apabila melihat penampilannya tidak berhijab dalam drama Suami Sebelah Rumah dan Bopeng.

“Ketika penggambaran drama dan filem itu, saya belum berhijab,” katanya.

Sementara itu, bekas pengacara Melodi itu turut menafikan dia dikatakan bertunang dengan Saiful Ridzuan Abdul Hamid atau Ariz yang juga ahli kumpulan Forteen.

Menarik artikel berkaitan:- Zulin Aziz Dan Ariz Lufias (Forteen) Bertunang?

“Mana ada saya bertunang. Itu bukan majlis pertunangan, sebaliknya kenduri doa selamat.

“Saya bukannya bergambar berdua dengan Ariz, tetapi bertiga kerana ahli kumpulan Forteen lain turut ada.

“Kenduri kesyukuran itu dilakukan kerana kemenangan Melodrama dalam Liga Lawak Superstar musim kedua akhir tahun lalu,” katanya.

Zulin Aziz Jaga Batas Selepas Bertudung

Foto Zulin Aziz yang tampak manis bertudung

Begitu pun, Zulin menafikan dia dan Ariz kini sedang bercinta, sebaliknya mengakui mereka hanyalah bersahabat baik.

Apa-pun semoga Zulin Aziz terus istiqamah dalam menuju jalan yang benar lagipun menutup aurat itu adalah wajib.

54 total views, 54 views today

ep2p-5small