Zara Zya Tidak Cemburu Dengan Kejayaan Ayda Jebat

Zara Zya, pelakon yang terkenal dengan drama bersiri ‘I Love You Mr Arrogant’ berkata tidak pernah berasa cemburu dengan kejayaan Ayda Jebat yang memenangi Anugerah Meletop Era 2015 pada Februari lalu.

Baginya kejayaan dan populariti yang berjaya diraih oleh Ayda merupakan satu lumrah yang dilalui oleh setiap artis termasuk dirinya sebelum ini. Anugerah Pelakon Baru dan Top Top Meletop (Wanita) di Anugerah Meletop Era 2015 (AME 2015) sememangnya anugerah yang sama pernah dimenangi oleh Zara Zya pada tahun lalu.

Zara Zya Tidak Cemburu Dengan Kejayaan Ayda Jebat

Ayda Jebat meraih kemenangan di Anugerah MeleTOP Februari lalu

“Saya dah pernah lalui apa yang dia menang itu dan populariti yang dikecapinya tahun lalu. Ia adalah lumrah artis.

“Kadang-kala kita di atas dan ada masanya di bawah. Bukan bermaksud sekarang saya sedang jatuh, tetapi tahun ini adalah rezeki dia pula,” ujarnya.

Biasalah kan, artis ni ramai dan masing-masing mempunyai bakat tersendiri yang mampu untuk meraih perhatian serta minat para penonton. Dalam pada itu, Zara Zya menjawab dakwaan yang mengatakan popularitinya yang kian merudum.

Artikel sebelum:- Fesyen MeleTOP Artis Di Anugerah MeleTOP ERA (AME 2015)!

Zara Zya Tidak Cemburu Dengan Kejayaan Ayda Jebat

Zara Zya bakal muncul dalam beberapa lagi drama lakonannya

 

Menurutnya, kebanyakan drama lakonannya belum lagi ditayangkan di televisyen dan terbaru, Zara Zya bakal muncul dengan drama berjudul ‘Dan Calonnya Adalah’ di Tonton pada April nanti serta ‘Hidayahmu Ramadan’ di slot Samarinda Ramadhan nanti.

30 total views, 30 views today

ep2p-5small