Zara Zya Kini Dituduh Lesbian

Penulis pelik kenapa boleh pula timbul isu Zara Zya lesbian sedangkan tiada pun tanda-tanda dirinya seorang yang tuttt. Ahakks! Sememangnya hidup dalam industri hiburan tanah air bukanlah sesuatu yang mudah. Ini kerana ada sahaja gosip dan cerita-cerita hangat yang terpaksa dihadapi oleh seorang insan yang bergelar anak seni.

Zara Zya yang terkenal menerusi Love You Mr Arrogant dan lebih manis sekiranya bertudung (8 Gambar Zara Zya Cantik Bertudung) pernah digosipkan kononnya menjalin hubungan cinta dengan pasangannya dalam drama itu iaitu Azlee Khairi, Zara Zya kini berdepan pula dengan cerita bahawa dia sebenarnya mencintai kaum sejenis.

Zara Zya dituduh seorang lesbian kerana jarang dilihat berdampingan dengan lelaki. Ternyata Zara Zya mempunyai jawapan yang kukuh malah tergelak apabila mendengar gosip tersebut. Eh!

Menurut Zara Zya:-

sebenarnya sudah lama mengetahui tuduhan tersebut tetapi enggan mengambil kesah

modal cerita sebegini sudah lapuk kerana orang yang membangkitkan cerita tersebut sengaja mereka cerita kerana saya tidak mempunyai kekasih.

Zara Zya akui yang dia masih mempunyai perasaan cinta terhadap lelaki dan waras untuk berfikir perkara yang hakiki. Menurut Zara Zya lagi sebelum ini pun hanya kerana dia mempunyai pengurus yang berperwatakan tomboi, ada pula yang menuduh dia mempunyai hubungan dengan pengurusnya.

Zara Zya turut menjelaskan dirinya masih solo. Mengakui usianya kini mencecah 30 tahun, Zara berkata dia masih tertunggu-tunggu jika ada yang datang meminang. Tapi sejujurnya Zara berkata dia tidak akan mencari kerana dia yakin jodoh akan dating sendiri.

Tegas Zara lagi, jika dia ke acara hiburan tertentu pun bukan untuk mencari jodoh atau menggatal. Sebaliknya dia ingin mencari rezeki dan timbul niat untuk mencari rumah kerana sehingga kini dia masih menyewa.

Apapun lakonan Zara Zya sentiasa terbaik dan mantap gitu!, penulis suka tau!. Ahakss

28 total views, 28 views today

ep2p-5small