Wow!!! Sharnaaz kutuk artis yang ‘talam dua muka’.. Sapa tu ye??

Populariti Sharnaaz Ahmad memang semakin meningkat naik, drama lakonannya yang paling menarik perhatian ramai ialah ‘Suamiku Encik Sotong’..

Bila dah semakin popular ada sesetengah pihak mendakwa Sharnaaz dah mula nak tunjuk sikap ‘diva’.. Sebab dia terlalu memilih tawaran yang diberi.., pastinya Sharnaaz tampil untuk menafikan gosip tak betul tu..

Alah.. yang sebanarnya Sharnaaz ni bukan memilih tawaran, kadang-kadang sekali dapat 2,3 tawaran.. Takkan semua tawaran tu nak diterima.., Sharnaaz pun bukan jenis suka ambil dua kerja dalam satu masa..

Sharnaaz juga telah mendedahkan sikap segelintir artis yang talam dua muka buatkan dia tak rapat dengan rakan artis.. Dia lebih selesa berkawan dan bergaul dengan kru produksi yang jelas lebih ikhlas dan jujur..

Biasalah memang ada juga sesetengah artis jenis talam dua muka.. Depan kita cakap baik, belakang kita kutuk tak ingat dunia..

“Ada segelintir artis yang saya temui sikapnya suka bermuka-muka. Depan kita mulut manis sopan santun, belakang macam-macam cerita yang mereka kata mengenai saya. Sudah banyak kali saya terkena dan mengalami keadaan seperti itu.

Sebab itu saya lebih selesa bergaul dengan kru produksi yang tidak bermuka-muka. Mereka lebih telus dan berterus-terang.” katanya..

Siapalah agaknya artis yang talam dua muka ni kan? nak juga Miss A tahu nama-nama artis tu.. Apapun, pendedahan Sharnaaz ni dah menunjukkan memang ada artis yang jenis talam dua muka.., cuma kita je tak siapa artis tu.. Miss A/UtaraNews.com

ep2p-5small