Warden Asrama Belasah Murid Sampai Mati Dihukum Gantung

Keadaan arwah Saiful Syazani ketika berada dalam keadaan koma selepas dibelasah warden asrama.

ALOR SETAR – Seorang warden as#rama dijatuhi hukuman mati selepas didapati bersalah membunuh seorang murid berusia tujuh tahun di Arau, Perlis, empat tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohd Zaki Abd Wahab menjatuhi hukuman itu kepada tertuduh, Hanif Muhammad Ali, 31, se#lepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.

Mengikut kertas pertuduhan, Hanif yang juga seorang ustaz dituduh membunuh Saiful Syazani Saiful Sopfidee di dalam sebuah bilik #warden di sebuah sekolah rendah Islam di Arau pada jam antara 6 petang hingga 12 tengah malam, 31 Mac 2011.

Tertuduh yang masih bujang dituduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mati jika sab#it kesalahan.

Keratan akhbar berkaitan kes melibatkan warden asrama belasah murid tahun 1 sampai mati di sebuah sekolah persendirian di Arau, Perlis pada 2011.

Sumber

ep2p-2