Wanita bersalah kalau di rogol… Hanya di India.

Korang ingat lagi tak kejadian rogol secara beramai-ramai terhadap seorang gadis di atas bas di India dua tahun lalu. Selepas dua minggu bertarung nyawa, gadis yang disula dengan besi dan dilemparkan keluar dari bas yang sedang bergerak itu meninggal dunia.

Kejam kan ! Tapi menurut seorang dari empat perogol tersebut, Mukesh Singh, 28,  tindakan mereka itu berpunca dari salah perempuan itu sendiri. Di India, kaum wanita tidak dibenarkan untuk keluar rumah selepas jam 6.30 petang.

Hurmm.. itu la alasan yang diberikan oleh perogol itu. Sebab bagi budaya mereka, kaum hawa ni macam tak penting pun. So kalau dorang pakai pakaian tak senonoh ke, keluar ke kelab malam ke.. Kalau kena rogol itu memang salah dorang sendiri.

Ermmmm bunyinya memang macam kejam tak berhati perut kan. Macam hamba pulak kaum adam dekat sana layan orang perempuan ni. Menakutkan plak.

“Tepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Seorang gadis yang sopan tidak akan keluar pada jam 9 malam.

“Seorang gadis lebih bertanggungjawab kerana dirogol, berbanding lelaki. Lelaki dan perempuan tidak sama.

“Kerja rumah dan mengemas rumah adalah untuk wanita, bukannya pergi ke disko dan bar pada malam dan melakukan perkara tidak sepatutnya serta memakai baju tidak betul (sopan).

“Hanya kira-kira 20 peratus wanita adalah baik,” katanya.

Yela kalau nak bagi pengajaran pun bukan macam ni caranya, sula kot, dah la rogol ramai-ramai haishh ! Lepas tu tak mengaku pulak tu yang korang yang bersalah. Pelik sungguh.

“Apabila dirogol, dia tidak sepatutnya melawan. Dia sepatutnya diam dan membiarkan dirinya dirogol.

“Dengan itu, mereka akan menurunkan mereka, selepas selesai merogolnya dan hanya memukul lelaki itu,” katanya.

Banyak la jangan melawan, sapa la yang sanggup diperlakukan macam tu. Kena dekat adik sendiri baru tahu. Dalam hal ni dua-dua harus dipersalahkan, yang laki tu pi rogol perempuan tu sapa suruh, nak bagi pengajaran elok-elok la. –TiraGomez/UtaraNews.com

ep2p-5small